Jumaat, 10 April 2015

Sekadar Informasi..Udang Kawin??

Maksud udang kawin ini ialah umpan udang hidup yang dicantum melebihi seekor dalam satu mata kail. Tujuannya adalah supaya umpan anda mudah untuk dihidu ikan. Teknik ini biasa digunakan untuk menjerat Senangin, Kurau, Jenahak atau Semilang di lubuk yang sesuai dengan umpan ini.

 Rupa udang kawin seperti di atas ini.. Samada 2 ekor atau pun lebih mengikut saiz udang dan mata kail. Teknik ini biasa kami guna untuk menjerat Jenahak kolam dan Kurau di dalam sungai.

Istilah ini hanya digunapakai oleh pemancing tertentu saja baik di laut mahupun di kolam pancing berbayar. Teknik ini juga boleh digunakan di paloh untuk menjerat Jenahak ketika air mati. Jika mengikut kata rakan yang biasa menggunakan tekni ini, kemungkinan besar udang yang digunakan kecil atau kurang nampak pada ikan besar. Sebenarnya udang atau sotong hidup akan menghasilkan cahaya ketika di dalam air yang gelap. Kemungkinan besar cantuman ini akan menambah daya tarikan sekaligus menarik perhatian ikan. Walaupun agak pelik, namun teknik ini memang berkesan, namun ia tidak sesuai pada anda yang suka menjimatkan umpan. Sekadar informasi, untuk anda..