Rabu, 8 April 2015

Sampan Layar Kayu Replika

Sampan kayu yang saya bina kali ini memang agak pelik sedikit. Pembeli mahu bentuk seperti kapal layar dan perlu siap dalam masa 4 hari. Memang sukar, tapi menyahut cabaran adalah lebih baik dari langsung tidak mencuba.

 Lakaran yang saya cadangkan seperti di atas, tetapi lain pula apabila siap.

 Papan tulang yang saya buat mengikut turutan lengkung papan.

 
 Di ukur berulang kali supaya sesuai mengikut lengkung. 

 
 Setelah di pasang pada tulang tengah, dipaku dan diikat pada pelantar. Tujuannya supaya tidak bergerak ketika papan dilentur.

 
 Kerja melentur secara paksa memang agak bahaya. Jika tersilap cara dan cuai, papan akan melenting kembali dan memukul anda. Hal ini pernah terjadi sebelum ini dan hasilnya saya tercampak ke bawah dan mengalami sedikit kecederaan. Yang memukul bukan sekeping tetapi 3 keping sekali! 

 Jika mengikut peraturan, sepatutnya kayu perlu dipilih yang lurus atau hampir lurus dan dilentur selama 2 atau 3 hari supaya kerja memasang lebih mudah. Ia juga mengelakkan papan pecah ketika dipaku akibat tekanan daya lentur papan tadi. Sukar saya nak diterangkan di sini. Hanya tukang kayu saja yang memahaminya.

 Oleh kerana papan yang dipilih secara teburu-buru, banyak yang tidak lurus dan hasil menjadi tidak sempurna.

 Tak macam layar pun.. 

 Akhirnya sampan layar ini siap pada hari ke empat dan diserahkan kepada pembeli yang berada di Kelang.