Trip muara ini disertai 3 orang ahli hanya di lokasi berdekatan sahaja. Memandangkan air masih laju dan keruh, tidak banyak lokasi yang boleh dikunjungi. Banyak ikan duri saiz kecil menghabiskan umpan kami sehinggakan ada pula yang tercedera terkena sengat. Walaupun tidak sirius namun sakitnya tetap akan dirasai.
Lokasi pertama dengan umpan Perumpun di reba pokok, 3 ekor Ikan Tebal pipi ini berjaya dinaikkan hasil kerajinan menunggu. Lama kami menunggu, akhirnya ada juga hasilnya.
Di lokasi kelima pula 2 ekor berjaya dinaikkan serentak. Saiznya lebih kurang sama dengan yang lain.
Hari memancing yang cerah namun angin kuat seringkali menghanyutkan sauh kami. Hampir setiap kali hanyut dan terpaksa berlabuh semula di lokasi yang sama. Keadaan memancing yang sukar juga mengganggu aktiviti memancing harini ini. Kami tiada pilihan kerana hanya di lokasi terakhir ini saja banyak ragutan kasar berjaya dinaikkan.
Saya juga hairan kerana jarang sungguh spesis ini dinaikan pada tahun lepas. Tetapi sangat banyak pada trip kali ini.
Saiz hampir sama namun jarak masa menunggu memang lama. Jika anda seorang pemancing yang cepat bosan, memang sukar memancing di sini.
Hasil keseluruhan, 23 ekor Tebal Pipi, Gelama, Tetuka dan Duri Pulut berjaya memenuhkan kotak ikan mereka ni. Trip paling berjaya awal tahun ini pulang ke pengkalan pada jam 6 petang kerana kehabisan umpan.