Selasa, 24 Februari 2015

Misi Banjir, Bot Telah Kembali

Sebuah bot kami beserta enjin yang telah dihantar ke Kelantan tempoh hari telah selamat kembali ke pengkalan. Urusan penghantaran telah dibuat oleh Tuan Hj Yusuf, wakil dari syarikat yang menguruskannya. Kami merasa terharu kerana bot yang yang baru saja dibeli ini dapat digunakan sebaiknya untuk membantu mangsa banjir yang memerlukan.

Leganya bila dapat melihat kembali bot ni.

Keadaan dalam bot yang agak kotor dengan sampah dan lumpur tanah merah kesan dari kawasan banjir akhirnya dicuci bersih pada petang hari bersama pemilik enjin, Abg Emi.

Terdapat sedikit kebocoran pada bahagian hadapan, kemungkinan kesan pelanggaran objek keras. Keadaan biasa bagi mana-mana bot yang berada dalam kawasan banjir. Begitu juga tulang bahagian dalam yang pecah akibat bebanan berat yang dibawa. Semua kerosakan ini adalah minima dan boleh dibaiki semula.


Setelah enjin dipasang semula, sistem penyejuk agak kurang berfungsi kerana terdapat sisa tanah yang menghalang aliran air yang keluar. Setelah berbincang, enjin dibawa naik semula untuk dibawa pulang dan diselenggara. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membawa balik bot ini dan saya memohon seribu kemaafan kerana terlambat sampai ke pengkalan menyebabkan wakil yang menghantar menunggu terlalu lama.