Proses membina memang agak sukar, apatah lagi jika saiz bertambah kecil. Banyak kerjanya, caranya, tenungnya, hinggakan sehari cuma 3 papan saja yang dapat saya pasang. Memang pelik, tapi apakan daya, kerja seperti ini memerlukan ketenangan dan tidak boleh terkejar-kejar.
Setelah siap, barulah saya sedar inilah model tercantik yang pernah saya buat :)
Setelah siap dibina, sampailah waktu yg paling menyedihkan. Sampan ini akan dikerat menjadi 2 bahagian supaya mudah dibawa untuk digunakan. Agak berat rasanya hati saya untuk melaksanakannya. Maklumlah, sampan ini adalah yang tercantik bentuknya yang saya bina. Setelah puas merenung, akhirnya kerja memotong selesai juga.
Proses pertama menggunakan grinder tetapi proses kedua dengan gergaji tangan. Ini kerana mata grinder tidak dapat menembusi bahagian dalam sampan. Susah ke nak potong bahagian ni?? Tuhan saja lah yang tahu...
Beginilah bentuknya setelah di potong dua.
Setelah siap semuanya, kaki meja di buat bagi memudahkan ia diletak dan kukuh dengan beban yang bakal di letakkan sepanjang hari digunakan.
Kaki meja yang telah siap di syelek dan dirapikan
Semua papan penyambung telah diperkuat dengan skru khas supaya tidak terbuka setelah dipotong. Memandangkan kawasan yang dipotong adalah lengkungan kayu, paku tidak dapat menampung dan melekat dengan baik.
Beginilah rupanya setelah siap dan telah selamat dihantar ke lokasi penerima.