Selasa, 24 Februari 2015

Trip Menimba Ilmu, Paloh 1

Kebanyakan trip yang kami buat hanya di dalam kawasan selat dan muara saja. Bukan tidak ada permintaan, tetapi ilmu dan kemahiran masih tidak mencukupi. Kali ini kami menguji umpan alternatif bagi menjejak spesis paloh yang menjadi idaman ramai, Jenahak.


Trip kali ini disertai Acid dan pekerja kedainya.

Sebagaimana yang kita tahu, sotong Kurita hidup adalah umpan wajib jika ingin memburu ikan ini dan anda juga tahu betapa sukarnya mendapatkan stok umpan mahal ini. Oleh yang demikian kami mencari cara lain yang boleh digunakan sebagai ganti kepada umpan yang sukar dicari ini.

Adakah anda tahu bahawa ikan Kembung, Sardin dan Sotong pasar juga boleh digunakan? Buktinya ada di sini.

Tetanda kecil yang meragut umpan sotong yang kami gunakan.


Seekor Jenahak yang saya perolehi dengan umpan Ikan Kembung yang dibuang kepala dan ekornya. Sotong Kurita mati juga boleh digunakan asalkan masih baik keadaannya. Ikan Kembung juga harus yang masih baik dan belum pecah perutnya. Namun umpan perlu kerap ditukar kerana ada banyak ikan kecil yang akan mengganggu. Ini adalah percubaan ketiga kami dengan hasil yang sama.