Selasa, 2 April 2019

Trip jigging Ijam dan Rakan

Hari kedua jigging merupakan air cantik terakhir minggu ini. Walaupun terpaksa menempuh ribut dan gelora, jika sudah rezki, maka pasti semuanya berhasil. Cuaca cerah selepas hujan pada paginya, berubah gelora pada sebelah petang. Sempat juga kami menuai hasil yang comel sebagai pemanas badan. Mereka ni mencuba peralatan baru, sambil berharap ada spesis mahal yang sudi balik bersama.

 Kerapu kecil ni menyambar jig di dasar. Biasanya terdapat karang disekitar. Sangkut memang tidak dapat dielakkan. Salah satu cara terbaik dengan menggunakan hanya mata atas sahaja.

 Olak yang besar kadangkala tidak menjamin ada penghuni di bawahnya. Lokasi perlu dicuba terlebih dahulu berulangkali.

 Jika ada penghuni, hasil ini menandakan tiada Jenahak dikawasan ini.

 Mesin yang terpaksa saya tamatkan perkhidmatan akibat kerja keras yang kurang sesuai dengan saiznya.

 Hasil pertama setelah 1 jam dilanda ribut.

 
 Jenahak pertama ketika berlindung dibelakang kapal besar.
 Bantal kedua di lokasi sama pada hanyutan kedua.


Hampir kesemua hasil berada di kawasan ini saja. Kawasan tempat kami berlindung rupanya berpenghuni.

 
Hanyutan terkahir di lokasi sama. Oleh kerana keadaan angin dan ombak kuat, jangkamasa untuk setiap ekor dinaikkan menjadi agak lama. Kami terpaksa menunggu dengan sabar untuk memberi laluan kepada rakan yang sedang bekerja keras menikkan tangkapan.


Sungguh pun dilanda ribut dan terpaksa mencari perlindungan, kami bersyukur dengan hasil yang berjaya dinaikkan. Hasil pertama trip jigging paling berjaya tahun ini.

Trip Mancasting dan rakan

Hari pertama jigging kurang menyerlah. Lama tak keluar ke laut lepas, agak goyang sikit bila menempuh ombak. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya ada tarikan kasar walaupun tidak berjaya di bawa naik. Rezki di dalam air tiada siapa dapat menjangka.


Tebal pipi dengan jig 80gram

Seekor Tebal pipi, Kerapu kecil, Baji dan Tetanda saja berjaya dibawa naik kali ini. Tetanda yang menjadi mangsa sambaran ikan besar nyaris dibawa naik tetapi lucut di separuh air. Mu gki. Belum rezki kami hari ini.

Trip 30/4 En Hafizan dan Rakan





Khamis, 28 Mac 2019

Membeli enjin dan sampan baru Abg Emi..

Memiliki bot besar dan cantik adalah impian setiap pemancing laut. Semuanya bergantung pada kemampuan poket dan diri masing-masing. Membeli bot baru bukan lah semudah disangkan. Tersilap membeli, anda mungkin akan menyesal kemudian hari. Jadi perlu pilih yang betul dan tepat.


Kali ini Abg Emi berminat untuk menukar bot lama kepada yang lebih besar dan selesa. Enjin 60hp yang dicari telah dibeli dengan harga Rm9500. Enjin tersebut dibeli di sebuah kedai enjin di Pandamaran. Lokasi sama dengan enjin yang kami beli sebelum ini. Terdapat 5 buah enjin yang sama jenis tetapi berlainan sifat. Pilihan Abg Emi adalah gearbox besar dan paling kurang kecacatan. Seperti biasa, kami memang agak cerewet dalam memilih enjin yang akan kami beli. Semua enjin yang ada kami hidupkan di dalam kolam air satu persatu dan selepas itu barulah pilihan dibuat. Setelah berpuas hati dan membayar deposit, ia diambil pada keesokan harinya. 


Selepas selesai hal enjin, kami ke Kuala Selangor 2 hari selepas itu untuk melihat perkembangan terbaru bot fiber yang telah ditempah. Oleh kerana masa siang agak kurang, kami ke kilang pada waktu malam. Sampan baru ini berharga Rm8500 berukuran 25 x 6.5 x 30' dan lantai kosong. Hanya terdapat 2 kotak ditengah sebagai tempat menyimpan barang.


Bentuk sampan sudah mula kelihatan setelah ia dikeluarkan dari acuan. Proses selepas ini lebih kepada menambah tulang gading dan seterusnya menampal fiber sehingga ke bentuk bot sebenar. Habis gatal satu badan bila memasuki kawasan kilang ini. Apakan tidaknya, sisa habuk fiber glass yang tajam mudah melekat kepada kulit. Lebih-lebih lagi kulit manja seperti kami ni. Bukan kami saja rupanya yang hadir disini, ada juga pemilik bot lain yang juga melihat perkembangan bot yang mereka sudah tempah.



Selesai membelek dan telah berpuas hati, kami bergerak untuk makan malam dan pulang ke rumah selepas itu.

Trip 28/3 En Man Bagok dan rakan

Sejak kebelakangan ini, kawasan sangkar Pulau Ketam kurang menghasilkan tangkapan baik. Kemungkinan besar faktor perubahan cuaca yang agak panas menukar cara pemakanan ikan-ikan disini. Kebanyakan trip malam lebih berhasil. Ini cuma teori saja, mungkin betul mungkin tidak. Tetapi apa yang pasti, ikan umpan amat sukar dicari tidak seperti sebelum ini. Manakala udang hidup lebih mendapat perhatian.



Kehadiran trip kami ke sangkar ikan kali ini, membuahkan hasil dengan umpan udang hidup yang sebelum ini amat kurang mendapat perhatian. Tangkapan seperti Kerapu bintik yang kami gelar Si mata hijau, banyak pula dapat dinaikkan. Mungkin diet ikan-ikan disini berubah akibat perubahan cuaca yang berlaku. Atau pun ikan ini memang lapar tanpa memilih makanan. 



Lokasi memancingnya pula berisiko tinggi dengan segala macam reba dibawahnya. Jika tidak pandai, bukan saja batu ladung dan mata kail yang sangkut, sauh juga berisiko menjadi mangsa. Banyak lokasi biasa kurang berisi dan jaring seperti biasa merentangi setiap pelusuk berpotensi.


Jika sudah disuratkan ia rezeki, maka apapun halangannya pasti tetap berhasil. Inilah hasil trip kali ini. Walaupun angin agak kencang menjelang tengahari, aliran arus yang stabil dan kesabaran menunggu banyak membantu meleraikan masalah yang timbul. Harapan kami ia akan berulang pada trip seterusnya.

Trip Mencuci Teritip

Trip mencuci teritip telah diadakan semula pada 25/3 dan disertai oleh anggota grup whatsapp yang berminat. Encik Ujang dan Encik Pian adalah mangsa rela kali ini. Semua kerja berjaya diselesaikan dalam tempoh 2 jam dan aktiviti seterusnya memancing pada sebelah petang.
Kerja mencuci teritip adalah tugasan wajib bagi pemilik bot seperti kami setiap 2 ke 3 bulan. Selepas dibersihkan, ia perlu dicat supaya dapat bertahan lama. Cat yang digunakan pula bukan cat biasa, tetapi cat khas untuk manghalang pertumbuhan teritip. Kerja menanggal teritip boleh dilakukan diatas pelantar atau di dalam air. Tetapi kerja mengecat perlu diatas pelantar. Belum ada lagi orang mengecat di dalam air. Kalau ada bagitau kami. Mungkin kami boleh gunakan khidmatnya.

Sebagai balasan, saya bawakan mereka untuk memancing sehingga ke petang. Oleh kerana waktu ini air besar dan keruh, sasaran kami adalah ikan Sembilang atau Gemang. Beberapa lokasi panas kami kunjungi dan hanya 2 ekor berjaya dinaikkan. Umpan terbaik adalah udang pasar bersaiz besar. Ketika ini air yang keruh dan laju menyebabkan udang hidup kurang mendapat sambutan.

Hasil pada hari ini 2 ekor Sembilang dan beberapa ekor Ikan Gelama emas yang cantik-cantik saiznya. Kepada yang berminat untuk menyertai trip mencuci teritip ini, boleh menghubungi kami. Anda hanya perlu membawa diri saja dan yang penting tidak takut basah. Trip seterusnya akan diadakan pada hari Rabu 10/4/2019 dan Khamis 11/4/2019. 

Khamis, 14 Mac 2019