Selasa, 2 April 2019

Trip jigging Ijam dan Rakan

Hari kedua jigging merupakan air cantik terakhir minggu ini. Walaupun terpaksa menempuh ribut dan gelora, jika sudah rezki, maka pasti semuanya berhasil. Cuaca cerah selepas hujan pada paginya, berubah gelora pada sebelah petang. Sempat juga kami menuai hasil yang comel sebagai pemanas badan. Mereka ni mencuba peralatan baru, sambil berharap ada spesis mahal yang sudi balik bersama.

 Kerapu kecil ni menyambar jig di dasar. Biasanya terdapat karang disekitar. Sangkut memang tidak dapat dielakkan. Salah satu cara terbaik dengan menggunakan hanya mata atas sahaja.

 Olak yang besar kadangkala tidak menjamin ada penghuni di bawahnya. Lokasi perlu dicuba terlebih dahulu berulangkali.

 Jika ada penghuni, hasil ini menandakan tiada Jenahak dikawasan ini.

 Mesin yang terpaksa saya tamatkan perkhidmatan akibat kerja keras yang kurang sesuai dengan saiznya.

 Hasil pertama setelah 1 jam dilanda ribut.

 
 Jenahak pertama ketika berlindung dibelakang kapal besar.
 Bantal kedua di lokasi sama pada hanyutan kedua.


Hampir kesemua hasil berada di kawasan ini saja. Kawasan tempat kami berlindung rupanya berpenghuni.

 
Hanyutan terkahir di lokasi sama. Oleh kerana keadaan angin dan ombak kuat, jangkamasa untuk setiap ekor dinaikkan menjadi agak lama. Kami terpaksa menunggu dengan sabar untuk memberi laluan kepada rakan yang sedang bekerja keras menikkan tangkapan.


Sungguh pun dilanda ribut dan terpaksa mencari perlindungan, kami bersyukur dengan hasil yang berjaya dinaikkan. Hasil pertama trip jigging paling berjaya tahun ini.