Isnin, 23 November 2026

Hidrolik Stering bocor?? Baikpulih 2

Semua barang yg dibawa balik dicuci bersih dari sisa minyak, supaya mudah nk buat kerja. Cuma ada 2 skru untuk pisahkan bahagian penutup dengan perumah. 

Batang silinder kena tolak sampai habis supaya semua baki minyak keluar. Mula-tolak kanan lepastu tolak kiri. Akibat kurang perhatian, minyak terpercik ke muka saya! Nasib baik saya pakai cermin mata.

Skru Alen key, betul ke nama ni?


Skru ni perlu dibersihkan dari sisa minyak, jika tidak, pemutar skru akan tergelincir. Skru pula akan rosak.


Bila dah buka, baru cungkil sikit guna pemutar skru kepala rata. 
No
Dah tanggal kita lap semua dari sisa minyak sepaya mudah nak buat kerja.


Bahagian dalam yg dah lerai.

Kesemua oil seal ada lebih kurang 6 bahagian. Ini untuk jenis Winibo saja. Lain jenis lain pula peralatan dan cara buka nya. Pada saya yg ini lebih mudah. 


Seperti yg dijangka, skru rosak tak boleh dibuka. Rasanya guna pembuka skru khas boleh ni, dibantu dengan drill. Tapi lepas buat, skru kena tukar baru.

Ini bahagian yg bocor, o ring getah.


Yg ni pula oil seal hujung silinder. 

Nampaknya 2-2 dah rosak. 

Selepas ini kerja mencari barang gantian sesuai untuk bahagian yg rosak. Kita tunggu bahagian pembaikan seterusnya...