Rabu, 11 November 2026

Baikpulih dan Servis bot di Labu Lanjut

 Ketika ini musim hujan telah mula melanda negara kita. Hampir setiap hari hujan. Jika tak sebelah tengahari, petang. Jika tak petang, subuh. Hari - hari hujan dan sejuk. Tapi tidak sepanjang masa sejuk. Adakala waktu panas yg singkat, boleh jadi panas macam nak terbakar. Oleh yg demikian banyak kejadian bot tenggelam. Kali ini bot di tapak projek solar Syabas, labu Seremban, tenggelam lagi.

Kehadiran saya di lokasi bertujuan menyelamatkan bot tersebut dari terus tenggelam, supaya berfungsi semula. Tapi malangnya cuma sebuah bot sahaja dapat diselamatkan. Manakala 1 lagi bot, menunggu tindakan selanjutnya.

Ketika saya sampai, salah satu bot kelihatan sudah separuh tenggelam berada digigi air. Untungnya enjin hanya tenggelam separuh sahaja. Setelah selesai menimba, sampan berjaya diapungkan semula dan kerja menghidupkan enjin bermula. Buka semua palam pencucuh dan buang sisa minyak didalam karburator. Kemudian matikan suis dan start. Api ada dan tiada air masuk ke blok. Palam pencucuh dipasang semula dan suis di hidupkan. Satu lagi masalah adalah soket minyak bocor. Terpaksa lah saya buat sambungan terus tanpa melalui soket minyak ke tabung penapis. Beberapa kali tarik, enjin berjaya dihidupkan.

Setelah berjaya dihidupkan, saluran air penyejuk pula sumbat. Mungkin disebabkan sisa pasir yg termasuk dalam pam di bawah. Salur tersebut saya jolok dengan tali pancing kasar. Saluran tersumbat sudah kembali berfungsi, namun perlu dibuat lagi jika masih tersumbat. Bot berfungsi semula dan diangkat naik ke tebing.



Untuk bot kedua, tiada apa yg boleh dibuat kerana telah tenggelam dan dinaikkan ke atas lebih sebulan. Barang nak buat pun tak mencukupi. Jadi terpaksalah menunggu hari lain untuk diperbaiki.