Rabu, 11 November 2026

Baikpulih Telepon Bimbit lagi.

 Pada waktu sekarang, salah satu hobi saya yg baru adalah membaik pulih barangan elektrik. Dari mesin basuh, peti sejuk, kipas angin dan terbaru telepon bimbit, HandPhone kata orang putih. Habis barang letrik rosak jiran- jiran dan saudara mara saya kerjakan. Entah kenapa tangan ni gatal saja nak buat.

Ini Oppo A5S

Yg ini Oppo F9

Kedua nya hampir sama tetapi lain model.

Kali ini barang milik ayah dan jiran sebelah. Jenis HandPhone Oppo A5S dan Oppo F9. Oleh kerana barang Oppo A5S yg sampai dulu, kita buat yg tu dulu.

Skrin pecah disebabkan anak saya yg suka baling-baling barang. Sabar jelah naaaakk.. Nasib baik ayah kau ni boleh buat, kalau tak koyak lah poket.

Mata dah mula kabur dengan barang kecil-kecil ni. Jadi agak teraba-raba waktu buat. Rasanya perlu guna alat bantuan lain seperti lampu sorot dan kanta pembesar. Cermin mata pun mungkin sesuai kot. 

Waktu buka skru, ada pula skru yg disorok dibelakang pelekat khas. Jangkaan saya mungkin HandPhone ni pernah dibaikpulih. Patut lah tak boleh dibuka, sebab ada satu skru yg belum ditanggalkan. Setelah berjaya ditanggalkan, semua gam perlu dibersihkan tanpa ada sedikit sisa pun kerana sisa gam ini akan mengganggu skrin baru yg akan dimasukkan. Jika terjadi, skrin tidak akan rapat dan boleh tertanggal dengan mudah. Air pun senang nak masuk kalau ada rongga kecil.

Setelah semua selesai, bateri di cas semula dan Handphone sudah boleh digunakan semula. Langkah kedua, kena buat cover yg kalis hentakkan supaya anak boleh campak sesuka hati selepas ni.