Sabtu, 25 Julai 2026

Trip sangkar yg kumpau..

 Hari ini trip berjalan dengan baik ke sangkar pulau ketam, di sahkan gagal dan kumpau! Entah kemana ikan semua pergi, sebab cuma seekor tetanda dan merah sebesar tapak tangan sahaja. 


Umpan udang sebesar alam yg biasanya sesuai untuk mencari jenahak, agaknya kurang sesuai di dalam selat. Mana lah mereka beli, saya pun hairan. Katanya harga setiap ekor 50 sen tetapi jika disini, saya anggarkan Rm1.50 seekor. Memang besar!


Keadaan angin tak membantu dalam trip kali ini. Angin kencang menentang arus mula muncul pada jam 10 pagi disulami arus pasang menyebabkan air berkocak dan menyukarkan kami berlabuh di kawasan terbuka.



Trip berakhir selepas mahgrib tanpa hasil yg baik. Begitulah mencari rezeki ghaib, kadangkala ada, kadangkala tidak.