Sabtu, 18 Julai 2026

Baikpulih mesin lama untuk jimat kos

Banyak mesin pancing saya sudah rosak dan perlu dibaiki. Jika nak beli yg baru rasa membazir saja. Jadi saya keluarkan kos baikpulih supaya semua mesin ini boleh digunakan semula.

Nak beli lagi memang tak mampu, baik pulih semula rasanya lebih jimat dan tak membazir.






Lama juga saya simpan sambil memikirkan apa yang perlu dibuat kepada mesin-mesin lama ni. 
Kebanyakan mesin spinning yg dah rosak, saya baiki dengan bahagian gantian yg saya beli di internet. Cuma mesin bc ni takda ilmunya. Terpaksalah saya cari yg pandai. Hasilnya seorang budak sekolah di Puchong yg baiki mesin saya ni.


Kos baik pulih dalam Rm260 untuk 2 unit mesin ini. Jenis mesin adalah Curado dan Awashima baitcasting. Mesin ni saya lanyak cukup -cukup sampai brek dan bearing nya habis. Berpuluh ekor jenahak, talang dan ikan lain jadi mangsanya.