Sabtu, 18 Julai 2026

Suzuki 115hp, servis gearbox

Sudah lebih 2 tahun enjin ini beroperasi. Sebelum ini tukar fuel pump, hidrolik trim dan servis minyak hitam setiap 200 jam. Ada juga kes saluran air tersumbat. Kali ini meragam lagi. Macam macam hal pula.

Skru pengikat kotak gear ada 7 batang..

Terdapat 7 skru perlu di tanggalkan terlebih dahulu. 3 sebelah kanan dan 3 sebelah kiri. Manakala 1 lagi berada di bawah sirip trim. Skru bawah ni perlu guna spanar box saiz 14..

Hampir 2 jam saya cuba menarik keluar hujung shaft ini tapi tak juga berjaya. 


Namun setelah dicabut, gearbox masih tersangkut dan gagal dibawa keluar. Seolah olah ada benda tersangkut dihujungnya.


Nasib baik lah ada grup PBRS yg dapat bantu saya cari maklumat. Rupanya bahagian hujung shaft tersangkut pada bush getah akibat garam yg bertompok.

Saya masukkan minyak hitam kereta ke dalam celah lubang menggunakan straw. Penyelesaian terbaik dan kreatif. Dengan sekali rentap gearbox berjaya dikeluarkan.

Rupanya bende ni yg tersangkut sebab ada garam dah menompok. Satu lagi yg dapat sy belajar ialah, kita perlu alihkan bot di tempat sesuai supaya memudahkan kerja. Kedudukan enjin juga perlu diangkat habis dan tiada apa-apa halangan di bawah supaya memudahkan kotak gear ditarik keluar 

Kemungkinan besar gearbox ini dah bocor, sebab ada bau minyak gearbox diluar. Mungkin disebabkan tali pancing yg berbelit pada belakang kipas. Kotak gear dah berjaya dibuka, lepas ni kipas dan tukar bush pula.