Isnin, 1 Januari 2018

Tukun terakhir penutup 2017

 Pada bulan Disember tahun 2017, longkang terakhir untuk projek tukun kami telah berjaya disempurnakan, hasil bantuan krew blog di satu trip membuang teritip sambil memancing. Seperti biasa, kerja membuang teritip dan mengecat biasanyanya dilakukan 2 bulan sekali bagi memastikan kelancaran operasi bot kami. Dan ini adalah rutin bulanan kami yang menelan kos tenaga dan wang ringgit. Namun adakalanya, kerja ini saya kongsikan bersama rakan-rakan blog di grup Whats Aps dengan bayaran trip memancing selepas kerja disiapkan. Terima kasih kepada mereka yang terlibat, jasa baik anda akan saya kenang sampai bila-bila. Kepada yang berminat menyertai grup ini, boleh menghubungi saya di nombor tertera dan beritahu yang anda ingin masuk ke grup pancingport,blogspot. 

 Sehingga kini, terdapat lebih 10 lokasi tukun yang di tambah dari masa ke semasa. Ada antara tukun ini tidak berfungsi dan ada yang berfungsi baik. Semua ini adalah satu proses pembelajaran yang begitu beharga buat kami. Kami berharap ianya akan berguna di masa hadapan.


Aktiviti memotong pokok bakau mati yang berada di tebing pantai. Pokok bakau yang digunakan mesti yang berada dalam zon surut dan tenggelam di dalam air. Ia lebih tahan lama namun berat dan padu.

Keratan pokok dan longkang batu di cantum menjadi 1 bentuk dan di labuhkan di lokasi yang telah ditanda. Laluan ini bukan laluan jaring dan selamat walaupun berada di laluan bot yang sibuk. 

Setelah selesai di labuh, aktiviti diteruskan dengan memancing terlebih dahulu. Oleh kerana lokasi memancing hari ini sesuai ketika air surut, kerja membuang teritip di lakukan ketika air mula pasang.
Spot kali ini adalah sekitar tukun sahaja. Terdapat beberapa hasil baik berjaya dibawa naik kali ini seperti di atas.
Image may contain: 1 person, smiling
Spesis biasa di mana-mana yang terdapat reba di dasar. Sangkut memang kerap di lokasi ini. Kerapkali ikan membawa lari umpan ke reba dan hasilnya perambut pasti putus. Cara terbaik bagi mengelakkan keruagian besar adalah dengan menggunakan perambut kecil sebagai insuran.

Image may contain: one or more people, people standing, sky, outdoor, water and nature
Kali ini kami menggunakan umpan Udang Hidup yang dibeli di jeti Tanjung Harapan, lokasi utama pembekal umpan kami. Pada lewat petang, hujan mulai turun dan kami pulang ke pengkalan. Kerja dirancang selesai dan pulang dengan hasil yang baik.