Isnin, 1 Januari 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog kami. Sedar atau tidak, hampir 9 tahun blog ini aktif dengan pelbagai maklumat yang kami salurkan untuk anda. Terima kasih sekali lagi..

Kehadiran tahun baru pada setiap tahun adalah perkara biasa dalam hidup kita. Kepada kami, tahun 2017 merupakan tahun yang penuh mencabar dan banyak perkara baru yang telah dilakukan untuk merancakkan aktiviti memancing pada masa akan datang. Antaranya pembelian sebuah lagi bot dan pembinaan tukun yang telah berjaya sepanjang tahun 2017. Untuk tahun ini, projek tukun kecil tetap akan diteruskan. Namun, projek tukun kali ini akan lebih kepada pembinaan bahan konkrit yang mempunyai rekabentuk sesuai. Walaupun kosnya agak besar dan rumit, ianya tidak mustahil bagi kami. Asalkan ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Semua cemuhan dan pandangan negatif orang lain, rasanya tidak akan menggugat perancangan kami. Terima kasih kepada krew blog yang sudi membantu dalam menjayakan kerja sukar ini. 

Kepada rakan-rakan pemancing di luar sana, berhati-hati lah ketika memancing. Cuaca buruk yang sedang melanda negara kita sekarang boleh mengundang masalah sekiranya kita tidak berwaspada. Sentiasa memantau persekitaran anda dengan lebih peka untuk keselamatan. Rajin-rajin lah melihat laporan cuaca yang terdapat di aplikasi telepon pintar anda. Utamakan keluarga terlebih dahulu sebelum keluar memancing.

Akhir kata Selamat tahun baru 2018 dan semoga anda semua berjaya dalam kerjaya masing-masing dan bahagia bersama keluarga tercinta!