Khamis, 4 Januari 2018

Tukun Konkrit, Projek 2018

Pembinaan tukun konkrit kiub untuk tahun ini akan tetap diteruskan sepertimana yang telah dirancang. Sebanyak 15 unit ukuran 30 x 30 inci akan dibina bagi fasa pertama. Manakala fasa berikutnya menyusul sepanjamg tahun. Berdasarkan kajian kami, tukun konkrit merupakan bahan terbaik jika diletakkan di kawasan muara ini. Projek ini dijangka menelan belanja sekitar Rm1200 bagi setiap fasa. Hasil belanjawan adalah dari krew blog kami sendiri yang dikumpul dan disumbang dalam beberapa bentuk samada wang ataupun bantuan lain. 

 Tukun akan berbentuk kiub seperti di atas..


 Kerja mengukur dan memotong akan lebih mudah dan cepat sekiranya dibuat dalam satu jumlah yg banyak. Oleh kerana peralatan yang tidak sempurna, terdapat cara terbaik bagi setiap kerja mengukur dan memotong supaya masa dan tenaga tidak banyak terbuang begitu saja.

Kali ini, tulang utama kiub dibuat dari besi dan dibalut dengan dawai brc bagi menguatkannya, berbanding dawai brc saja ketika dahulu.

 Bahagian tulang di sambung satu demi satu dengan kimpalan dan setelah siap, tebal konkrit adalah 3 inci. Ukuran ini dibuat berdasarkan faktor lain seperti boleh diangkat bagi memudahkan kerja memunggah ketika di atas bot sebelum di buang ke laut. Ukuran terlalu besar akan menambah berat dan kurang kuat, ini akan mendatangkan masalah lain untuk kerja berikutnya.

 Sambil kerja, rambutan penambah tenaga sebagai pemanis mulut.

Bagi setiap unit, 4 hari diperlukan untuk setiap acuan. Untuk itu acuan perlu dibuat dalam satu jumlah yang banyak bagi menjimatkan masa. Dijangka siap selama sebulan, proses lain menyusul.