Jumaat, 25 Ogos 2017

Tukun Tayar, Kelong En. Yan

 Pada bulan ini juga beberapa projek tukun untuk Rumah Rakit Kg Nelayan Telok Gong, berjaya diselesaikan dengan jayanya. Pilot Ayie dan Sharil turun bersama menjayakan projek kecil ini. Hasil perbincangan dengan pemilik kelong iaitu En Yan, idea tukun ini dari Pilot Ayie, telah diterima baik berdasarkan kejadian yang baru berlaku sebelum ini. Pukat nelayan yang tersangkut pada tali sauh sangkar telah menyebabkan berbelas ekor ikan Tebal Pipi berjaya dibawa naik. Ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut memang laluan ikan keluar masuk, cuma tiada tempat sesuai untuk disinggahi.

 Bot kecil dan enjin kecil saja yang kami gunakan.

 Hasil unit pertama yang berjaya disiapkan.

Hasil perbincangan akhirnya dapat diterima baik oleh pemilik kelong dan kami turun membantu. Walaupun kecil, kami berharap projek ini dapat membantu menambahkan hasil tangkapan pemancing di kelong tersebut.