Kehadiran ikan ini disedari kami ketika turun ke jeti pada waktu air surut.
Ikan ini berukuran 4 cm dan tidak mempunyai kecederaan langsung ketika di bawa naik. Pada waktu dahulu masyarakat kita mempunyai kepercayaan tahyol yang mengaitkan ikan ini sebagai penghalau mahkluk halus.
Kebijaksanaan ikan ini terserlah bila ia mampu menghidu air tawar yang keluar dari kebocoran paip air kami.
Hal ini tidak menghairankan saya, kerana selama di laut, terdapat beberapa spesis ikan air tawar yang pernah saya temui. Antaranya ikan Sepat, Puyu, Ikan Haruan, Ketutu dan Ikan patin pernah masuk ke dalam jala yang ditebar, malah ada juga yang menyangkut dihujung kail.