Khamis, 21 Julai 2016

Trip En.Rosidi, Pulau Ketam masih berpenghuni..

Trip Pulau Ketam kali ini agak berhasil dengan tangkapan baik pada sebelah petang. Hanya ikan kecil berjaya dinaikkan pada sebelah pagi. Oleh kerana hanya udang hidup yang di bawa, kami terpaksa mengumpul ikan kecil untuk dijadikan umpan segar.

 Keadaan air jernih dan masih perlahan banyak mempengaruhi hasil yang diperolehi pada trip kali ini. Tiupan angin yang perlahan juga memihak kepada kami sepanjang trip berlangsung. Antara spesis sisik yang banyak dinaikan adalah Tetanda bersaiz sederhana.

 Merah di lokasi muara sungai Pulau Ketam.

 Tetanda juga di muara sungai.

 Rata-rata yang menyambar umpan, hampir semuanya menyeret tali keluar dari gelendung..

Tetanda saiz hidangan sepinggan memang banyak di muara sekiranya tau di mana kita perlu menunggu.

Salah satu hasil terbesar yang berjaya kami naikkan setelah dua kali berputih mata di lokasi berlainan.

Hasil seperti ini memang di idamkan setiap pemancing, namun tidak semuanya berhasil sepanjang masa. Faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi suasana memancing perlu juga difikirkan setiap kali sebelum turun memancing. Bagi pemancing tegar dan berpengalaman, ini adalah perkara biasa. Namun bagi yang baru bermula bergelar pemancing, perkataan kumpau mungkin boleh merubah tanggapan dan sekaligus melemahkan semangat diri. Oleh itu anggap lah pengalaman kumpau sebagai satu pembelajaran baru buat anda. Selamat memancing!