Khamis, 21 Julai 2016

Trip Jiging cuba-cuba sambil cari lauk..

Kalau sudah bergelar pemancing tegar, seminggu tidak memancing rasa seperti sebulan lamanya. Tapi jika sudah setiap hari memancing, kadangkala timbul juga rasa jemu. Yang penting kaki pancing tegar tidak pernah melupakan joran walaupun tinggal jauh dari air. Pelik tapi benar!

 Kita tinggalkan cerita tentang tadi, kita renung mata ikan-ikan ni pula. Tak perlulah saya bercerita panjang bagaimana semua ini terjadi. Lihat saja pada gambar, anda sendiri sudah tahu teknik yang saya gunakan. Kalau sudah gila jig, paling lama sebulan sekali saya pasti akan turun.

 Kenapa jig yang saya pilih? Jawapan saya, tangan tak kotor, umpan tak payah dicari, masa memancing yang panjang dan paling penting hasil sudah boleh dijangka. Cuma kadangkala rezki tidak memihak walaupun sudah berusaha keras. Ini perkara biasa...

 Ikan Merah yang menyambar jig 60 gram bewarna biru..

 Kebanyakan spesis yang dibawa naik hanya jenahak, Talang dan Merah kebiasaannya.


Nak silang, silang lah bro..tapi jangan la sampai rapat macam ni! Jangan pulak marah kalau aku silang ko kejap lagi. Ni lah pemancing tak beretika, memang laut ni kita kongsi tapi bersopan lah sikit dengan pemancing lain!

Sebenarnya hari ini adalah misi mencari lauk seminggu. Walaupun jauh perjalanan, walaupun penat seharian, hasil inilah menjadi pengubat segalanya. Pemancing tegar tidak pernah melupakan joran!