Ahad, 14 April 2019

Khamis, 11 April 2019

Trip Cuci Teritip, terima kasih encik Ujang dan abg Lan.

Trip cuci teritip kali ini disertai oleh 2 org ahli grup, Abg Lan dan Abg Ujang. Kerja membersihkan lumut dan teritip agak mudah memandangkan jarak pembersihan sebelum ini tidak lama. Lebih kurang 2 minggu sudah. Ia mudah ditanggalkan dan kerja juga menjadi lebih cepat dan tidak terlalu memenatkan. 


Seperti biasa, selepas selesai, kami memancing pula. Walaupun kali ini tiada Gemang besar yang dinaikkan, spesis lain pula yg dapat dibawa balik. Pengubat luka disaat-saat senja menjelma. 


Terima kasih kepada mereka berdua. Kepada yang berminat untuk menyertai trip teritip ini, boleh menghubungi saya jika ada kelapangan. Hanya perlu bawa diri, baju gantian, pancing dan umpan sahaja. Trip seterusnya adalah pada Rabu 24/4 dan Khamis 25/4.

Selasa, 2 April 2019

Trip 29/4 En Rosidi

Trip mlm kali ini agak kurang berhasil walaupun berada di kawasan sangkar. Lokasi cantik pada sebelah siang adakalanya tidak sesuai pada waktu malam. Tetapi sekurang-kurangnya ada juga hasil yang berjaya dibawa naik.


Umpan udang hidup yang saya jangka membuahkan hasil, rupanya ikan kembung pasar juga yang menjadi pilihan. Apa pun tahnia kerana ikan berjaya dinaikkan!

Trip jigging Ijam dan Rakan

Hari kedua jigging merupakan air cantik terakhir minggu ini. Walaupun terpaksa menempuh ribut dan gelora, jika sudah rezki, maka pasti semuanya berhasil. Cuaca cerah selepas hujan pada paginya, berubah gelora pada sebelah petang. Sempat juga kami menuai hasil yang comel sebagai pemanas badan. Mereka ni mencuba peralatan baru, sambil berharap ada spesis mahal yang sudi balik bersama.

 Kerapu kecil ni menyambar jig di dasar. Biasanya terdapat karang disekitar. Sangkut memang tidak dapat dielakkan. Salah satu cara terbaik dengan menggunakan hanya mata atas sahaja.

 Olak yang besar kadangkala tidak menjamin ada penghuni di bawahnya. Lokasi perlu dicuba terlebih dahulu berulangkali.

 Jika ada penghuni, hasil ini menandakan tiada Jenahak dikawasan ini.

 Mesin yang terpaksa saya tamatkan perkhidmatan akibat kerja keras yang kurang sesuai dengan saiznya.

 Hasil pertama setelah 1 jam dilanda ribut.

 
 Jenahak pertama ketika berlindung dibelakang kapal besar.
 Bantal kedua di lokasi sama pada hanyutan kedua.


Hampir kesemua hasil berada di kawasan ini saja. Kawasan tempat kami berlindung rupanya berpenghuni.

 
Hanyutan terkahir di lokasi sama. Oleh kerana keadaan angin dan ombak kuat, jangkamasa untuk setiap ekor dinaikkan menjadi agak lama. Kami terpaksa menunggu dengan sabar untuk memberi laluan kepada rakan yang sedang bekerja keras menikkan tangkapan.


Sungguh pun dilanda ribut dan terpaksa mencari perlindungan, kami bersyukur dengan hasil yang berjaya dinaikkan. Hasil pertama trip jigging paling berjaya tahun ini.

Trip Mancasting dan rakan

Hari pertama jigging kurang menyerlah. Lama tak keluar ke laut lepas, agak goyang sikit bila menempuh ombak. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya ada tarikan kasar walaupun tidak berjaya di bawa naik. Rezki di dalam air tiada siapa dapat menjangka.


Tebal pipi dengan jig 80gram

Seekor Tebal pipi, Kerapu kecil, Baji dan Tetanda saja berjaya dibawa naik kali ini. Tetanda yang menjadi mangsa sambaran ikan besar nyaris dibawa naik tetapi lucut di separuh air. Mu gki. Belum rezki kami hari ini.

Trip 30/4 En Hafizan dan Rakan





Khamis, 28 Mac 2019

Membeli enjin dan sampan baru Abg Emi..

Memiliki bot besar dan cantik adalah impian setiap pemancing laut. Semuanya bergantung pada kemampuan poket dan diri masing-masing. Membeli bot baru bukan lah semudah disangkan. Tersilap membeli, anda mungkin akan menyesal kemudian hari. Jadi perlu pilih yang betul dan tepat.


Kali ini Abg Emi berminat untuk menukar bot lama kepada yang lebih besar dan selesa. Enjin 60hp yang dicari telah dibeli dengan harga Rm9500. Enjin tersebut dibeli di sebuah kedai enjin di Pandamaran. Lokasi sama dengan enjin yang kami beli sebelum ini. Terdapat 5 buah enjin yang sama jenis tetapi berlainan sifat. Pilihan Abg Emi adalah gearbox besar dan paling kurang kecacatan. Seperti biasa, kami memang agak cerewet dalam memilih enjin yang akan kami beli. Semua enjin yang ada kami hidupkan di dalam kolam air satu persatu dan selepas itu barulah pilihan dibuat. Setelah berpuas hati dan membayar deposit, ia diambil pada keesokan harinya. 


Selepas selesai hal enjin, kami ke Kuala Selangor 2 hari selepas itu untuk melihat perkembangan terbaru bot fiber yang telah ditempah. Oleh kerana masa siang agak kurang, kami ke kilang pada waktu malam. Sampan baru ini berharga Rm8500 berukuran 25 x 6.5 x 30' dan lantai kosong. Hanya terdapat 2 kotak ditengah sebagai tempat menyimpan barang.


Bentuk sampan sudah mula kelihatan setelah ia dikeluarkan dari acuan. Proses selepas ini lebih kepada menambah tulang gading dan seterusnya menampal fiber sehingga ke bentuk bot sebenar. Habis gatal satu badan bila memasuki kawasan kilang ini. Apakan tidaknya, sisa habuk fiber glass yang tajam mudah melekat kepada kulit. Lebih-lebih lagi kulit manja seperti kami ni. Bukan kami saja rupanya yang hadir disini, ada juga pemilik bot lain yang juga melihat perkembangan bot yang mereka sudah tempah.



Selesai membelek dan telah berpuas hati, kami bergerak untuk makan malam dan pulang ke rumah selepas itu.