Khamis, 18 Julai 2019

Sekadar informasi, baik pulih bumbung zink rosak.

Angin kuat yang melanda sejak seminggu yang lalu, banyak memberikan kesan kerosakan kepada rumah-rumah yang menggunakan zink lama. Rumah saya juga turut mengalami kerosakan bumbung akibat dari angin ini. Oleh kerana saya pulang keletihan pada waktu malam, kerosakan ini saya sedari hanya pada waktu pagi. 


Keadaan bumbung yang tercabut menyebabkan seluruh kawasan dapur basah dipenuhi air hujan. Kesemua zink ini sudah tidak boleh ditampal akibat berkarat dan perlu diganti dengan yang baru. Terdapat 3 jenis zink yang biasa digunakan sebagai bumbung rumah. Zink biasa(besi) adalah paling murah dan biasa. Tempoh karat 5 tahun dan sekiranya ingin tahan lebih lama, cat boleh di sapu pada permukaannya. Zink aluminium pula mahal dan ia lebih sejuk. Tetapi zink kilang adalah yang terbaik kerana lebih tebal dan tahan karat disebabkan mempunyai lapisan cat tahan karat. Ia tahan lasak dan mudah dipasang kerana menggunakan skru dan kesemua zink ini boleh di beli di hardware yang menjualnya.

 Ketika membeli zink, pastikan ukurannya betul dan sesuai. Zink ini ada 3 saiz dan paling panjang 16 kaki. Mempunyai 2 warna iaitu merah dah biru. Harga untuk zink yang saya gunakan adalah rm48 sekeping berukuran 16 kaki. Cukup dari hujung ke hujung dapur. 

Jika tulang kayu bumbung agak jauh dan jarang, kayu sangga perlu dipasang terlebih dahulu untuk memudahkan kerja memanjat. Kayu tersebut mungkin dah lama dan boleh patah, jadi kayu penyangga akan menahan beban bila kita memanjat nanti.

Memasang zink ini sebenarnya mudah jika kita ada kemahiran bertukang dan tahu caranya. Zink lama perlu di cabut dahulu kemudian semua paku dicabut rapi. Jika tidak dicabut, paku ini akan menyebabkan kebocoran pada zink baru. Zink biasa yang lama biasanya menggunakan paku payung dan pelapik getah. Silap paku, pasti bocor. Perlu tahu cara bagaimana nak ketuk paku tersebut.



Zink kilang menggunakan skru khas bersama pelapik getah yang hanya perlu dipasang menggunakan drill saja. Jika perlu penebuk lubang digunaka pada kayu yang keras.


Lubang perlu ditebuk dahulu sebelum skru dipasang hanya jika kayu tulang terlalu keras.

Setelah semua dibuka, barulah zink baru dipasang. Perlu hati-hati ketika membuat susunan sebab jika ada sisa paku yang tidak dicabut, nanti bocor pula.


Bahagian sambungan kayu yang disambung semula kerana kayu lama sudah reput.

Jika dulu paku digunakan, saya lebih suka menggunakan skru khas untuk zink.


Bila ada penahan, kurang bergoyang dan mudah nak buat kerja.

Grinder lebih mudah berbanding gergaji tangan, tetapi perlu ada kemahiran untuk menggunakannya.


Kebanyakan paku lama biasanya berkarat dan sukar dicabut. Kayu penahan perlu digunakan untuk kerja ini. Nampak mudah tetapi jadi sukar bila paku ini berada di ketinggian 13 kaki dan tukangnya berada di atas tangga.

Paling penting tangga diletakkan di hujung zink terakhir supaya mudah kita nak turun nanti. Kerja ni berakhir pada jam 7 petang dan tiada lagi kebocoran di bahagian dapur tadi.

Sabtu, 13 Julai 2019

Khamis, 11 Julai 2019

Trip cuci teritip

Seperti biasa trip cuci teritip berlangsung pada minggu ini disertai 3 orang pemancing. Encik Arol, Encik Rizal dan En Padil berkerjasama dengan kami membersihkan teritip. Tak banyak teritip yang tumbuh disebabkankan ia kerap di lakukan selang sebulan.

Kerja mencuci dilakukan di dalam air di kawasan pantai yang cetek. Jaket keselaman memang wajib kena pakai. Safety first!

Habis kerja kami memancing. Yang turun ke air hanya 3 orang sahaja. Manakala En Rizal saya arahkan menjadi pengimbang diatas bot. Masing-masing ada tugas, kan adil. 

 Hasil nya ikan semilang..

 Patrik star! Mungkin rakan nya spongebob ada di bawah.

Keseluruhan hasil termasuk malung sedepa yang membuatkan kami nyaris terjun ke laut.

Trip habis sekitar jam 7 petang. Kepada yang berminat, 4 orang diperlukan di trip seterusnya pada Sabtu 20/7/2019. Sesiapa yang berminat boleh masuk nama dalam senarai tersebut. Hanya bawa diri, baju, joran dan umpan. Paling penting tak takut basah dan berani!

Rabu, 26 Jun 2019

Trip 25/6 Harul gmk dan rakan

Cuaca kali ini agak mencabar dengan mendung dan angin kencang pada sebelah pagi hingga jam 2 petang. Tiada apa yang kami boleh buat selain berlindung di sebalik sangkar dan sungai berdekatan. Namun segalanya berubah pada sebelah petang apabila angin mula bergerak perlahan mengikut arus ketika air surut. Lokasi sasaran adalah hot spot wajib singgah!

Udang hidup 160 ekor bersaiz besar memang agak menyeramkan. Rasanya lebih sesuai untuk sambal udang atau goreng tepung. Saiznya yang besar menyebabkan ia sukar ditelan ikan kecil dan biasanya kaki saja yang hilang.

Namun berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil dan ini antara yang berjaya dinaikkan. Sungguh pun angin telah reda sedikit, namun perubahan arah angin mnyebabkan bot sentiasa bergerak dan menyebabkan perambut tersangkut di karang. Malah dari sebelum kami sampai pun, ada 2 bot berhampiran melarikan diri ke lokasi lain akibat angin ini.

Lokasi ini digelar "spot berani mati" oleh saya dan Sharil kerana risiko sangkut adalah 80% dan dijamin sangkut. Silap-silap dengan sauh pun terkubur sama. Bukan itu saja, hanya yang sabar dan kental sahaja boleh dibawa ke sini.

Hasil keseluruhan pada jam 6.30 petang sebelum balik ke pengkalan. Terima kasih kepada mereka ni yang sanggup menunggu dengan sabar.

Trip cari lauk bersama Ibu dan Ebg emi

Oleh kerana tiada trip pada hari tersebut, kami turun untuk mencari lauk sedap selepas raya. Tak banyak yang kami perolehi, hanya Tetanda, Seekor kerapu dan pari lalat berjaya dinaikkan.
Awal dengan ikan tetanda..

Langit yang mula mendung dengan membawa angin kencang..

Tetanda kecil yang kami naikkan..

Masih terdapat saki baki merah pecah pada bulan puasa lepas.

Walaupun bersaiz kecil, tarikannya menghilangkan serabut di hati. Sebenarnya tujuan harini adalah mencuba bot baru dan menilai penggunaan minyak. Sebagai persediaan trip yang bakal berlangsung.

Sekadar informasi, menukar cincin joran ketika trip.

Cincin joran yang rosak biasanya sering berlaku ketika trip. Baru sedia nak memancing, anda perasan salah satu cincin pada joran anda pecah atau tercabut. Jangan risau, tak perlu ke kedai, atas bot pun boleh buat.

Yang pertama anda perlu ada cincin gantian. Beli saja di kedai pancing dan tak kisah lah sama ada yang mahal atau yang murah. Seeloknya satu set dari atas ke bawah. Kalau nak jimat, sekiranya anda terjumpa joran patah atau rosak, cabut dan simpan cincin yang masih elok dan ia boleh digunakan nanti.

Cincin yang rosak dicabut dan tapak dibersihkan benggunakan pisau. Bila dah bersih, letakkan cincin baru dan susun semula supaya teratur dengan cincin yang ada. Gunakan tali pancing jenis sulam yang halus dan lilit semula seperti di atas. Tujuan benang ini adalah pengikat supaya ia lebih kuat setelah diletak gam nanti.

Sentiasa bawa gam ini didalam toolbox anda sebagai gam serbaguna. Boleh beli di hardware. Gam ini mempunyai 2 bahagian yang perlu dicampur dengan nisbah 1:1 dan ia kering dalam masa kurang setengah jam. Bila kering saja keras macam batu.

Guna pisau atau kayu untuk mengadun gam tadi. Jika guna pisau pastikan anda lap dan hilangkan gam tersebut selepas kerja selesai.

Kemudian sapukan gam tadi pada ikatan ring yang baru. Basahkan jari anda dengan air dan picit gam tersebut guna jari supaya kelihatan rata dan halus. Air tersebut mengelakkan gam melekat pada jari dan memudahkan kerja. Bila dah siap, biarkan kering dan keras. Ringkas, mudah dan cepat. Sekadar informasi untuk anda!