Udang hidup 160 ekor bersaiz besar memang agak menyeramkan. Rasanya lebih sesuai untuk sambal udang atau goreng tepung. Saiznya yang besar menyebabkan ia sukar ditelan ikan kecil dan biasanya kaki saja yang hilang.
Namun berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil dan ini antara yang berjaya dinaikkan. Sungguh pun angin telah reda sedikit, namun perubahan arah angin mnyebabkan bot sentiasa bergerak dan menyebabkan perambut tersangkut di karang. Malah dari sebelum kami sampai pun, ada 2 bot berhampiran melarikan diri ke lokasi lain akibat angin ini.
Lokasi ini digelar "spot berani mati" oleh saya dan Sharil kerana risiko sangkut adalah 80% dan dijamin sangkut. Silap-silap dengan sauh pun terkubur sama. Bukan itu saja, hanya yang sabar dan kental sahaja boleh dibawa ke sini.