Rabu, 26 Jun 2019

Sekadar informasi, menukar cincin joran ketika trip.

Cincin joran yang rosak biasanya sering berlaku ketika trip. Baru sedia nak memancing, anda perasan salah satu cincin pada joran anda pecah atau tercabut. Jangan risau, tak perlu ke kedai, atas bot pun boleh buat.

Yang pertama anda perlu ada cincin gantian. Beli saja di kedai pancing dan tak kisah lah sama ada yang mahal atau yang murah. Seeloknya satu set dari atas ke bawah. Kalau nak jimat, sekiranya anda terjumpa joran patah atau rosak, cabut dan simpan cincin yang masih elok dan ia boleh digunakan nanti.

Cincin yang rosak dicabut dan tapak dibersihkan benggunakan pisau. Bila dah bersih, letakkan cincin baru dan susun semula supaya teratur dengan cincin yang ada. Gunakan tali pancing jenis sulam yang halus dan lilit semula seperti di atas. Tujuan benang ini adalah pengikat supaya ia lebih kuat setelah diletak gam nanti.

Sentiasa bawa gam ini didalam toolbox anda sebagai gam serbaguna. Boleh beli di hardware. Gam ini mempunyai 2 bahagian yang perlu dicampur dengan nisbah 1:1 dan ia kering dalam masa kurang setengah jam. Bila kering saja keras macam batu.

Guna pisau atau kayu untuk mengadun gam tadi. Jika guna pisau pastikan anda lap dan hilangkan gam tersebut selepas kerja selesai.

Kemudian sapukan gam tadi pada ikatan ring yang baru. Basahkan jari anda dengan air dan picit gam tersebut guna jari supaya kelihatan rata dan halus. Air tersebut mengelakkan gam melekat pada jari dan memudahkan kerja. Bila dah siap, biarkan kering dan keras. Ringkas, mudah dan cepat. Sekadar informasi untuk anda!