Selasa, 13 Mac 2012

Sampan lama diperbaharui

Kerja membaik pulih dan menyambung sampan telah pun dimulakan. Kayu lama yang ada digunakan untuk tulang dan pisang pada sampan. Rasanya tak perlu kayu baru kot, sebab akan disalut fiber kemudian. Cuma tulang pisang sepanjang 12 kaki panjang terpaksa di beli di kedai kayu. Papan biasa digunakan untuk tulang rusuk, iye kot :) tak tau nak panggil apa..


Bahagian belakang disambung sepanjang 3 kaki lagi. Di ikat dengan pisang dan palywood. Jadi panjang setelah siap nanti ialah 13.5 kaki dan lebar 4.5 kaki. Macam mana kami sambung pun kami tak tau :) potong sambung potong sambung mungkin ginetik tukang kayu dalam darah kot yang membolehkan benda ni jadi.


Takpe, sesiapa pun boleh buat asal minat, betul tak? Kesan setelah di letak tulang, tahap goyang berkurangan :) yelah takda tulang da macam sotong kan. Lentok sana lentok sini, bak kata Sharil, "sumpah aku tak nak naik kalau aku tau macam ni!" Hahahaha! Kekuatan bertambah begitu juga dengan beratnya. Kemungkinan besar kena pakai troley besi lah lepas ni. Bab besi-besi ni saya serah pada komando sungai lah, dia lebih tau :)

Mesti orang yang baca blog ni akan gelak, mesti punya. Sampan sambung-sambung dalam dunia ni ada ni je kot. Hahahaha.. Tapi takpe, nanti dah siap kita tengok kuat-ke tak kuat modifikasi nya ye..

Sambungan tanggam untuk mengikat tulang rusuk ke pisang supaya tak begoyang bila dah di sapu gam nanti. Kayu 2x1 ni kurang elok lah lah, ringan sangat. Oleh sebab dah takde, pakai jelah. Lagipun semua akan di tutup dengan kain dan gam fiber nanti.



Nanti kita tengok macam mana proses nak gam pula. Kawasan Banting ni yang ada jual gam dan fiber cuma di Telok Panglima Garang sahaja. Tempat lain setakat ni takda. Yang dah siap dalam tin ada, tapi harganya terlampau mahal. Tak berbaloi untuk di beli, kecuali untuk baiki kebocoran ke yang sikit-sikit takpelah.

Jumaat, 2 Mac 2012

Sampan lama masih berfungsi.


Masih ingatkah anda pada sampan ini? Sampan kedua yang kami bina masih bertahan sehingga kini. Sampan pertama dah patah dua, jadi tempat duduk tepi sungai dan akhirnya jadi kayu api.


Sampan kedua ini ternyata masih kuat dan kukuh walaupun terendam dalam air sungai sepanjang tahun. Terbukti binaan kami melangkau jangkaan yang mana dijangka cuma bertahan 2 bulan sahaja. Sampan yg pertama hanya di sadur gam fiber dan cat sahaja. Tetapi yang kedua disadur kain fiber dan gam sekali. Ternyata masih utuh!

Nanti kami akan sambung sampan ni jadi panjang sikit :) Supaya lebih stabil dan selesa. Yang ni kurang stabil sebab lunas terlalu tinggi. Kena rendahkan lagi.















Macam biasa la, bila nak bawa balik dia kena naik kereta lagi. Kali ni 4x4 sepupu jadi mangsa :)


Ini pula hasil dari jaring kami :)

Ok tak saiz dia? Menarik kan... Tapi susah nak makan pancing, tak tau kenapa. Semua hasil ini kami perolehi hanya dengan sekali rentang sahaja. Berpeluh nak bukak nya :)

Selasa, 21 Februari 2012

Mancing lombong pun jadi laaa...

Minggu yang lepas kami meredah satu lokasi lombong tinggal di kawasan jalan kebun. Menarik lah juga, haruan dan puyu. Pakai joran dan umpan kodok. Lame tak pegang menatang ni. Hasil ajakan sepupu lah ni..

Kodok ni tangkap sendiri :) Ni lah hasil nya.. Walau pun kecil tapi puas hati lah sebab datang pun tak lengkap segalanya.















Bukan setakat kodok, cengkerik pun dapat haruan. Tengok ni..



Selain haruan puyu pun banyak kat sini..

Boleh lah buat lepas geram..

Isnin, 20 Februari 2012

Buku Lubuk Untuk di jual!

Kedudukan lubuk di kawasan sekitar perairan Port Klang, beserta gambar dari google maps dan keterangan berkaitan lokasi, umpan, cara memancing. Harga Rm5 dan bayaran melalui topup. Buku akan dihantar melalui E-mail anda. Berminat sms nama dan alamat e-mail anda ke 017-3305215.

Tip Memancing Untuk Anda.

Anda seorang pemancing? Ape agaknya cara paling baik nak memancing kat sesuatu pot? Kalau nak tau, memancing ni bukan calang-calang aktiviti tau. Ilmunya, kosnya, masanya, semua kena cukup. Barulah boleh jadi pemancing hadalan :) Di sini saya beri tips macam cara nya...

  1. Kenal pasti tempat tersebut.
  2. Peralatan yang sesuai
  3. Umpan yang sesuai
  4. Masa dan waktu sesuai
  5. Laut? Darat? Menyampan? Lalu tebing? Kelong?
  6. Kosnya

Tidak ada pemancing otai yang akan terus memancing tanpa korek maklumat terlebih dahulu. Biasanya kami akan survey dulu tempat tu sebelum pergi. Tanya pada orang yang pernah pergi dan cara apa yang digunakan. Kalau melalui tebing, tanya pada pemancing yang biasa datang ke situ. Kalau menyampan, tanya pada nelayan tempatan. Yang biasa menjaring dan merawai dah tentu tau apa yang ada kat kawasan tu. Rajin-rajinlah menjengah ke kotak ikan yang dibawa. Ada banyak maklumat kat dalam tu :) Penjual umpan juga banyak maklumat tentang sesuatu lokasi. Sopan-sopan dan rajin-rajin lah bercerita. Pura-pura anda memang tak tau memancing. Namun hati-hati, kadang-kadang banyak maklumat palsu kalau melalui cerita mulut ni. Ikan selengan boleh jadi sebetis :) Biaselah, menghangat kan suasana.

Pernah melalui pengalaman kami, memancing dengan kawan-kawan yang masih amatur dan kurang ilmunya. Bayangkanlah, memancing kelaut bawa usus ayam. Ada yang lagi pelik, memancing di lombong tinggal bawa udang pasar. Semua nya gara-gara tak mahu menimba ilmu dan sikap sombong tunjuk pandai.

Kemahiran mengumpul maklumat berkaitan masa sesuai sangat penting lebih lagi jika kelaut. Kalau anda perasan, tekong otai dia tak kelaut sesuka hati. Kadangkala sebulan hanya sekali untuk menunggu waktu sesuai untuk memancing. Tak macam kita, hari-hari turun! Baik hari cerah, hujan ribut, air besar, air kecik, semua main bedal aje. Bila lihat pada hasil tangkapan, si otai ni dalam tempoh 4jam lebih banyak dan lebih besar tangkapannya dari yang kita dapat. Inilah bezanya antara pemancing amatur dengan pemancing berpengalaman :)

Salam Tahun Baru 2012

Selamat tahun baru kepada semua pemancing tegar dan pemancing amatur kawasan Port Klang dan Seluruh Malaysia. Dah lama tak menulis untuk blog ni, kurang kesempatan nak kelaut sekarang ni. Ada lagi ke ikan kat situ? Ada kot :)....

Walaupun tak kelaut, cerita bakar membakar dari rakan lain sentiasa menjalar di telinga ni. Sabar je lah yop! Mengikut kata Tekong Sharil, agak kerap Merah dan Pari di naikkan di sangkar pulau Ketam. Hampir setiap kali air mati membuahkan hasil. Namun dia tidak lagi membawa penyewa kerana sekarang dia hanya menggunakan sampan rakan sahaja. Dalam blog ni ada saya letak gambarnya. Rajin-rajin la carik :)...

Walaupun tidak kelaut, ada juga memancing di tasik-tasik dan lombong tinggal berdekatan. Sungai pun dah kurang di jengah. Balik-balik udang mabuk je. Tak tau lah sampai bila hal ini akan berterusan. Kepada kaki-kaki tuba, harap-harap lah bertaubat. Kepada pihak berkuasa tempatan, tingkat kan lah pemantauan kpd kilang-kilang berdekatan sungai. Nak tuduh pun siapalah kita ni, tanpa bukti sahih semua takkan menjadi.

Nanti sekiranya berkesempatan, saya akan letakkan gambar terbaru saya memancing sekitar kawasan berdekatan. Tapi ada sesetengah tempat terpaksa saya rahsiakan. Mengamuk orang kampung yop! :) Ada lombong yang penuh dengan tangkapan puyu nya, haruannya yang besar-besar dan tilapia yang masih banyak. Hanya dengan teleskopik sahaja, baldi dah penuh. Nanti lah saya ceritakan.. Kepada rakan pemancing yang lain, teruskan aktiviti memancing anda. Hati-hati kelaut dan Sentiasa peka dengan persekitaran anda. Selamat memancing!

Isnin, 13 Disember 2010