Cuaca tenang sepanjang trip memudahkan aktiviti jigging kami kali ini. Pada hari sebelumnya, kekuatan angin pada sebelah pagi langsung tidak menghasilkan apa-apa tangkapan. Hari ini penat penat semalam berbalas bila hasil besar berjaya dinaikkan.
Minit pertama di tangan kedua masih tidak berjaya.
Hasil pertama seekor Jenahak Sekitar 1 kg berjaya dinaikkan setelah 4 kali berhanyut di spot sama. Namun tangkapan kedua mengejutkan kami dengan larian pantas hingga jauh tali ditarik keluar. Berlaku aksi kejar mengejar hinggalah hasil dibawa naik.
Minit terakhir di tangan ketiga akhirnya ikan mengalah.
Gerong Belang melebihi 6 kg setelah joran bertukar 3 tangan.
Hasil bertarung beberapa minit, akhirnya mangsa berjaya dibawa naik di tangan ketiga dan semua jangkaan pemancing salah belaka termasuklah saya sendiri.
Jenahak comel dengan jig comel.
Kumpulan cencaru yang banyak pada hari trip berlangsung menambah keseronokkan menambah hhasil. Lenguh tangan mengayuh mesin kecil jika hasil memenuhi apollo yang diturunkan.
Mengumpul Cencaru ketika trip hampir ke penghujung.
Petukaran arah arus menyebabkan ikan sudah mula berkurangan, tidak aktif atau memang tiada di lokasi. Sesi mencari lauk bertukar teknik dan Cencaru berjaya memenuhi kotak yang kami bawa. Oleh kerana keletihan, kami pulang pada jam 5 petang ke pengkalan.