Isnin, 8 Ogos 2016

Ops Jenak 1

Hasil jiging kali ini menyaksikan 9 ekor mangsa berjaya dibawa naik setelah seharian berada di laut. Kerap kami perhatikan, waktu makan dan ikan ini aktif bukanlah sepanjang masa. Ada waktu tertentu yang hanya boleh diperolehi 4 hari sebulan dalam 2 kali kitaran air mati.


Ribut yang melanda sekitar jam 11 pagi memang agak memeningkan kepala. Namun dalam keadaan angin kuat sebegitu, masih ada sambutan kasar di dasar. Aktiviti kami diteruskan juga dalam keadaan tergoyang-goyang mengimbangi pergerakkan bot dan ombar besar. Dua ekor Jenahak dan seekor Tebal pipi berjaya juga dinaikan dalam keadaan susah payah.

Penggunaan joran P.E 0.8-1 agak tidak sesuai di kawasan ini jika melebihi 2kg pada kedalaman mencecah 30 meter. Terdapat dua ragutan kasar berjaya melepaskan diri setelah bersusah payah berada hampir ke permukaan. Hasil berjaya dinakkan setelah menukar joran ke saiz yang lebih besar. Barulah saya faham bahawa ikan permukaan tidak sama daya juangnya dengan ikan di dasar. Boleh tu memang boleh, tetapi kerja keras, risiko kehilangan jig dan ikannya sekali!

Kebanyakan saiz tangkapan kurang dari 1.5kg masih boleh dinaikan kepermukaan dengan set kecil menggunakan tali sekitar 20 paun.

Ikan Cicak yang kerap kali menyambar jig kami..

Ketika air mula surut, kami mengubah haluan ke lokasi baru dengan harapan ikan berada di lokasi carian. Tekaan kami tepat dengan keadaan air yang begitu cantik sekali, hasil sekitar 2 ke 4 kg berjaya dinaikan sebelum arus berhenti dan bergerak surut semula. Keadaan seperti ini kami perhatikan kerap berlaku pada trip yang lepas. Ini kerana ikan tidak sentiasa aktif untuk membaham jig besi sepanjang masa.

Adakalanya sambaran berlaku hampir serentak pada satu laluan dan berulang kali berlaku pada laluan berikutnya.

Ikan Gelama kecil ni pun menjadi mangsa kami..

Setelah seharian berhempas pulas, inilah hasil yang berjaya kami naikkan. Saiz terbesar kali ini 4.5 kg berpihak kepada kami. Walaupun begitu lokasi carian ini hanya boleh di tuai pada satu waktu sahaja. Dengan kata lain, sekiranya kami datang sekali lagi pada keesokan harinya, lokasi ini mungkin tidak akan berpenghuni lagi sehinggalah kitaran air besar berlaku sekali lagi. Teknik carian ini amat penting bagi menjaga hasil yang maksima pada setiap trip yang dijalankan dan dipraktikkan sepanjang masa.