Berdasarkan kepada kajian dan pemerhatian kami ketika trip berhasil, pemilihan tarikh terbaik dan sesuai banyak mempengaruhi hasil yang berjaya dinaikkan. Ini bukan jaminan, tetapi jangkaan berdasarkan pengalaman semasa yang kami perolehi. Jika cuaca bagus, air cantik, dan ikan berada di lokasi, tidak mustahil kejadian ini bakal berlaku berulang kali.
Terbaik 10,13,25,28
Sekiranya lokasi carian berhasil pada hari pertama dengan hasil maksima di lokasi A, maka pada hari berikutnya lokasi carian perlu di ubah pada lokasi B. Ini kerana, lokasi A tidak akan membuahkan hasil seperti hari sebelumnya. Begitu juga pada hari berikutnya, lokasi carian perlu diubah ke lokasi C dan diubah lagi pada hari berikutnya ke lokasi D.
Terbaik 9,12,24,27
Begitulah pentingnya pemilihan tarikh-tarikh ini berdasarkan pengalaman kami. Oleh yang demikian sekiranya anda ingin membuat trip, cuma tarikh yang bertanda sahaja boleh di pilih bagi mengurangkan risiko pulang dengan tangan kosong.
Terbaik 9,12,24,27