Trip keluarga Kak Salmi ini pernah turun bersama kami. Oleh kerana sebelum ini hasil tidak begitu baik, mereka ni turun sekali lagi untuk memburu ikan Pari.. Saya cuba usahakan, selebihnya saya serahkan pada Nya.. Alhamdulillah, tercapai juga cita-cita mereka ni disaat-saat akhir trip. Hasil kesabaran menunggu selama 2 jam di lokasi, seekor ikan Pari berjaya dinaikkan.
Hasil keseluruhan trip kedua mereka ini memang boleh dibanggakan. Beginilah resmi ikan di laut, jika ada banyak. Jika tiada, balik tangan kosong..Sebagai pemancing yang tegar, hal ini tidak menghairankan kami. Yang penting usaha, selebihnya serahkan pada yang maha kuasa..