Jumaat, 20 Oktober 2023
Trip terasing, cari lauk sebulan.
Trip yg begitu kurang kebelakangan ini, menyebabkan saya hanya turun untuk tmemenuhi keperluan lauk harian sahaja. Harga barang dah mahal sekarang, kos sara hidup juga meningkat.
Oleh kerana itu, lebih baik saya mengisi peti sejuk sebagai bekalan lauk di rumah. Rasanya lebih berbaloi dari membeli setiap hari di pasar.Solar projek, baikpulih bot bocor.
Kerosakan bot ketika kerja di tapak projek kadangkala memang tidak dapat dielakkan. Harini bot pertama telah bocor akibat terlanggar batu.
Punca kerosakan adalah terlanggar batu sauh yg diletak ditempat cetek. Bahagian bawah enjin juga terdapat kesan pelanggaran.
Terdapat 1 lubang besar dan 2 keretakan terbuka dibahagian belakang bawah bot. Semua kerosakan ini berjaya dibaikpulih dalam tempoh 2 hari.
Saiz batu adalah 3 ton dan di labuh menggunakan alat khas. Semoga tiada lagi kerosakan berlaku pada masa depan.
Khamis, 17 Ogos 2023
Bot bocor terkena batu karang!
Bekerja di bawah dermaga kapal, memang terdapat banyak bahaya. Antara yang biasa berlaku adalah ombak kapal dari bahagian luar. Sungguhpun terdapat kapal berlabuh, kadangkala ada juga ombak yang terlepas dan tanpa disedari memberi bahaya kepada kami. Pada hari ini, salah satu bot yang digunakan telah bocor akibat terkena batu karang di tiang dermaga.

Selain menggunakan gam ini, kain juga boleh digunakan untuk menutup bocor. Satu lagi cara adalah menggunakan plastik yang dibakar. Semua cara ini membantu dalam kecemasan dan perlu diketahui oleh semua jurumudi berpengalaman. Yang penting bot tidak tenggelam dan selamat untuk sampai ke pengkalan!
Selasa, 1 Ogos 2023
Projek Solar Rawang, latihan bot.
Harini kami memberi sedikit tunjuk ajar kepada operator bertugas di tapak projek. Semua orang boleh memandu bot, namun kemahiran khas perlu ada jjika digunakan untuk situasi tertentu.
Bot kecil akan digunakan untuk penyelia projek menyusun dan memerhati kerja dijalankan.
Tugasan selesai pada jam 12 tengahari dan menunggu untuk tugasan seterusnya pada hari pertama kerja bermula.
Projek Solar Rawang, penghantaran bot.
Belum pun selesai projek di Westport, 2 lagi bot terpaksa dihantar ke Rawang untuk tugasan disana. Kali ini bot akan digunakan untuk membantu kerja- kerja pemasangan solar panel sama seperti di Dengkil dulu. Bezanya bot Abg Emi turut sama terlibat.
Bot dan enjin di angkut menggunakan lori kren pada petang hari dan penghantarn dibuat pada subuh esoknya. Turut sama di hantar adalah bot 13 kaki beserta enjin 6hp.Senang jika ada kren macam ni, jika guna tangan memang tak terangkat. Lori kren disewa pula adalah lori yang biasa kami gunakan sebelum ini.




































