Trip yg begitu kurang kebelakangan ini, menyebabkan saya hanya turun untuk tmemenuhi keperluan lauk harian sahaja. Harga barang dah mahal sekarang, kos sara hidup juga meningkat.
Oleh kerana itu, lebih baik saya mengisi peti sejuk sebagai bekalan lauk di rumah. Rasanya lebih berbaloi dari membeli setiap hari di pasar.Jika dikira secara kasar, kos membeli adalah lebih tinggi dari kos keluar ke laut. Ikan yg dibeli pula pula tidak bertahan lama. Harga ikan pun mahal sekarang.
29.5 kg antara ikan yg dipotong 3 bahagian berkongsi dengan rakan lain. Jika bernasib baik dan rezki murah, sekali turun, lauk sebulan.