Rabu, 26 Jun 2019

Trip 22/6 En Hasrul dan Rakan

Setelah sebulan lebih bercuti, trip bermula kembali. Kali ini En Hasrul dan rakan-rakannya cuba menuai hasil di sekitar sangkar pulau ketam. Ikan selepas raya mungkin lapar agaknya. Berikut hasil yang berjaya dinaikkan..

Jenahak kecil dengan umpan udang hidup.

Merah di lokasi sama juga dengan umpan hidup.

Kurau kecil berumpankan ikan gelama hiris.

Pari bersaiz sederhana juga dengan umpan udang hidup.


Tiada Tebal pipi dan Kerapu berjaya dinaikkan pada hari ini.

Bebolos bersaiz besar juga berjaya dinaikkan sementara menunggu air balas.


Khamis, 30 Mei 2019

Jumaat, 17 Mei 2019

Membina Trailer bot untuk kegunaan sendiri.

Trailer atau troli bot biasanya digunakan untuk menarik bot samada dari air ke darat atau dari darat ke laut. Biasanya melibatkan kerja membaikpulih atau penyimpanan di lokasi selamat. Tahun ini saya merancang membina dan memiliki sebuah troli untuk membawa balik bot yang ingin dibaik pulih. Memandangkan harganya begitu mahal, saya merancang untuk membinanya sendiri.

 
Rekabentuk yang saya ambil di internet sebagai panduan.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini, tetapi dengan peralatan yang ada dan sedikit kemahiran yang diajar oleh Jemik(komando_sg), saya rasa ia tidak mustahil. Ramai juga rakan yang membantu untuk menjayakan projek kecil ini. Setelah sebulan mengumpul maklumat dan semua barang telah dibeli, kerja pun dimulakan.


Antara barang yang perlu ada ialah gandar 4 skru, besi gandar, 2 tayar, spring van c70, besi 1.5 x 3 inci, plat besi, skru dan pengikat. Oleh kerana tak pernah buat, kerja agak perlahan dan memakan masa agak lama. Saya bersyukur kerana jiran baru di sebelah rumah, turut membantu. Memang berbeza hasil dari tukang besi berkemahiran dengan tukang besi amatur. Paling penting saya dapat menambah ilmu yang sedia ada.

 Bentuk mungkin tak sama, tapi fungsi tetap sama.

Perancangan awal hanya menggunakan kayu tetapi bila difikir semula, besi adalah lebih baik dan lebih mudah kerjanya. Saiz besi yang kecil juga saya ubah kepada yang besar sedikit berdasarkan nasihat Abg Emi. Berat tetapi kukuh dan sesuai untuk bot 25 kaki ke bawah.


Sambungan pada bahagian bawah, semuanya menggunakan skru saja supaya mudah dibuka jika perlu dibaiki atau jika mahu menambah gandar supaya lebih stabil dan kuat.

   

 Seronok pula membuat kerja-kerja ni. Hilang penat bila kerja yang dibuat menjadi, walaupun tidak secantik hasil pakar.



Dalam jangkamasa seminggu, bentuk asas sudah kelihatan dan barulah mudah menyambung kerja. Lambat mungkin siap nya, biasalah amatur. Kita tunggu apa hasil projek kecil ni.

Membawa balik bot baru

Bot yang telah ditempah oleh Abg Emi telah siap sepenuhnya dan dibawa pulang dengan selamat. Bot ini menelan belanja hampir Rm20 ribu ringgit dengan ukuran 25 kaki bersama enjin 60 kuasa kuda. Perjalanan membawa balik melalui laut bermula pada jam 12.00 tengahari dari Sekinchan Selangor.

Saiz nya lebih kurang saja dengan bot kami cuma ia lebih ringan dan tinggi sedikit.

Sungguh pun berpuasa, tenaga yang ada masih dapat digunakan dengan baik. Cuma agak perlahan dan letih..

Kerja memasang lantai dan enjin turut dibantu Sharil dan Rahman. Semua kerja selesai dan bot diturunkan selepas itu. Kerja membawa balik ditugaskan kepada saya dan ditemani pemilik bot. Jika mengikut jangkaan saya, kami mempunyai masa singkat sekitar 2 jam sebelum angin berubah arah semula. Ini penting supaya kami tidak menempuh gelora besar dan melakukan perjalanan selamat untuk balik ke Pelabuhan Klang. Jangkaan saya tepat apabila cuaca dan angin mula berubah selepas jam 1 .45 tengahari.

Bot diturunkan di pantai bersebelahan dengan kilang saja.


Bot akhirnya selamat sampai ke pengkalan pada jam 2 petang. Dengan menggunakan 1 1/2 tong minyak, jangkamasa perjalanan adalah sekitar 2 jam dengan kelajuan sederhana. Manakala Sharil dan Rahman, pulang melalui jalan darat. Kos membawa balik adalah lebih jimat berbanding jika menggunakan kenderaan darat. Bot ini juga akan digunakan untuk trip memancing pada masa hadapan.

Ahad, 14 April 2019

Khamis, 11 April 2019

Trip Cuci Teritip, terima kasih encik Ujang dan abg Lan.

Trip cuci teritip kali ini disertai oleh 2 org ahli grup, Abg Lan dan Abg Ujang. Kerja membersihkan lumut dan teritip agak mudah memandangkan jarak pembersihan sebelum ini tidak lama. Lebih kurang 2 minggu sudah. Ia mudah ditanggalkan dan kerja juga menjadi lebih cepat dan tidak terlalu memenatkan. 


Seperti biasa, selepas selesai, kami memancing pula. Walaupun kali ini tiada Gemang besar yang dinaikkan, spesis lain pula yg dapat dibawa balik. Pengubat luka disaat-saat senja menjelma. 


Terima kasih kepada mereka berdua. Kepada yang berminat untuk menyertai trip teritip ini, boleh menghubungi saya jika ada kelapangan. Hanya perlu bawa diri, baju gantian, pancing dan umpan sahaja. Trip seterusnya adalah pada Rabu 24/4 dan Khamis 25/4.

Selasa, 2 April 2019

Trip 29/4 En Rosidi

Trip mlm kali ini agak kurang berhasil walaupun berada di kawasan sangkar. Lokasi cantik pada sebelah siang adakalanya tidak sesuai pada waktu malam. Tetapi sekurang-kurangnya ada juga hasil yang berjaya dibawa naik.


Umpan udang hidup yang saya jangka membuahkan hasil, rupanya ikan kembung pasar juga yang menjadi pilihan. Apa pun tahnia kerana ikan berjaya dinaikkan!