Sejumlah 50 unit tukun berjaya dilabuhkan setakat ini, masih belum diuji keberkesanannya dan menjadi simpanan kami untuk trip yg bakal tiba selepas ini.
Tukun ini adalah hasil kerjasama dengan pemilik bot Encik Tarmizi yg juga jurumudi untuk trip jigging dari Jugra. Hasil perbincangan selama 2 bulan dan perbelanjaan yg agak besar, akhirnya ia siap dibina.
Selain itu juga tukun gentian kaca (fiberglass) berbentuk kiub, turut berjaya disiapkan dan bakal dilabuh pada bulan ramadhan ini.
Semoga dengan adanya tukun ini, ahli trip akan beroleh hasil yang lebih baik pada masa akan datang!