Terlanjur bercuti saya keluar bersama Rahman dan rakan lain ke Bagan Lalang, Sungai Sepang Besar. Tujuan utama sebenarnya untuk jigging di kawasan Stesen Janakuasa Jimah tetapi terpaksa dibatalkan kerana lebih muatan, lantaran bot disewa terlalu kecil. Enjin 15 kuda dan sampan 19 kaki memang menakutkan. Keadaan enjin pula agak uzur dan teritip memenuhi lantai sudah tentu akan ada banyak halangan jika kami ingin pergi jauh ke tengah.
Dari jauh dah terlihat kawasan dermaga janakuasa, tapi apa boleh buat keadaan tidak mengizinkan.
Bot bergerak amat perlahan dan masa banyak masa terbuang. Sudahnya kami berpatah balik ke hulu untuk casting Ikan Bulan. Sepanjang laluan masuk, terdapat banyak kelong berada di bahagian tebing sungai. Ada yang kosong dan berpenghuni. Ada juga bot yang sedang memancing, mungkin dari pengkalan berdekatan. Teguran kami di balas dengan jawapan sama, "Ikan duri je bang". Jika difikirkan dari logik akal, sungai ini memang kecil dan terdapat banyak jaring merentasi bahagian muaranya. Sudah tentu amat sukar ikan sasaran memasuki kawasan ini.
Ada cara yg sesuai dengan peralatan yg digunakan. Jika tidak, memang kusut masai dibuatnye.
Menaiki sampan kecil dengan muatan 4 orang memang agak sukar nak memancing. Kami berhanyut dari satu lokasi ke satu lokasi menjejaki ikan bulan yang pernah saya dapat dulu. Banyak gewang kecil yang kami bawa tidak langsung disentuh. Sekadar cuba mengajar, menguji cara menggunakan set casting dan kesesuaiannya dengan teknik yang kami gunakan.
Sisa apakah ini?
Dalam pada itu, terdapat satu kawasan dimana air dari darat yang turun ke sungai bertukar warna pelik. Kami sendiri tidak pasti dari mana datangnya air berwarna coklat ini. Jika ini pencemaran, memang patutlah ikan kurang di sini.
Satu warna merah dan satu warna hitam.
Sungguhpun sungai ini kecil, tetapi ada juga bunga karang yang saya lihat di bahagian tebing melekat di akar bakau. Ia bewarna merah dan hitam. Saya tidak pasti adakah ini normal atau kesan pencemaran air.
Sekadar menguji dan bereksperimentasi dengan peralatan yang kami ada.
Akhirnye ketika soft plastik dilontar, salah satu darinya mendapat sambaran. Walaupun tak lekat, namun ada lah juga reaksi ikan mengejar dan menyambar umpan tiruan. Kebanyakannya, lontaran yang tepat saja pada kawanan ikan ini. Hal ini mula menarik apabila air mula pasang dan gerombolan ikan tersebut mengejar krustasia dan anak ikan kecil yg masuk bersama arus. Ketika ini, aksi kejar mengejar dan sambar menyambar memang mengasyikkan.
Jenis ini saja yang laku di sini, tetapi ukurannya perlu lebih kecil menyerupai anak ikan.
Kesemua aksi ini berakhir ketika air mula tenang dan kami mula memahami reaksi ikan di sini, sama seperti di tempat lain. Kami mula bergerak balik kepengkalan pd jam 3 petang berikutan cuaca mendung dan ikan sudah masuk ke hulu. Kesimpulan nya, matlamat utama untuk belajar tercapai walaupun tiada tangkapan dibawa naik. Mungkin satu masa nanti, kami akan kembali untuk mencuba nasib sekali lagi.