Tayar ini siap dibentuk sebelum hari raya lepas. Oleh kerana kekangan masa dan tenaga, ia tidak dapat dilabuh tepat pada masanya. Oleh kerana hari raya telah berlalu, kami meneruskan projek kecil ini sekadar dengan apa yang ada. Alhamdulillah, rakan-rakan di pengkalan sentiasa membantu ketika diperlukan.
Oleh kerana saiz tukun agak besar, kerja pemindahan dan melabuh memerlukan sekurang-kurangnya 4 org dengan satu pemberat longkang batu supaya ia tidak hanyut. Lokasi kali ini berdekatan pulau diberi nama Bukit Sampah! Saya sendiri terkejut dengan nama tersebut kerana mengikut orang lama di situ, terdapat 2 bukit yang dipenuhi sampah berkarang di lokasi tersebut. Kami orang baru yang kurang arif ini hanya mengikut saja sebagai ujian dilapangan dan kajian semasa tukun muara.
Selesai dilabuh, pelampung penanda dipasang supaya mudah dijejak dan ditanda sebelum pelampung tersebut hilang satu masa nanti. Jangkaan kami dilanggar jaring atau sampah besar. Selesai satu projek, yang lain bakal menyusul kemudian..