Kebanyakan laluan selat yang berlumpur akan lebih keruh ketika air besar. Laluan air keruh ini biasanya membawa lumpur dan keladak bersama arus deras yang bergerak masuk atau keluar. Ini lah yang biasanya digelar air besar dan spesis yang biasa muncul adalah spesis bermisai seperti duri dan Semilang. Penghuni air keruh yang popular ini sinonim dengan masakan Asam Pedas dan Kari..
Trip kali ini meninjau lokasi dimana terdapatnya Ikan semilang bersaiz besar. Lokasi dimaksudkan ialah Navy Hidrografi Pelabuhan Klang. Setakat ini umpan terbaik untuk menjerat ikan ini ialah Udang Hidup dan Udang Pasar. Perumpun?? Agak kurang sesuai memandangkan ikan kecil yang kerap kali menemuinya dahulu sebelum ikan sasaran...
Kebanyakan sasaran yang mengena adalah berdekatan dengan tiang jambatan sahaja. Manakala umpan udang adalah saiz besar. Selain udang hidup, udang pasar yang dibuang kulit juga ternyata berkesan di sini.
Saiz biasa adalah sekitar 800 hingga 1.4kg seekor..
Waktu sesuai untuk memburu di sini adalah ketika air surut deras menghala keluar ke Pulau Angsa. Anda kan paham sekiranya biasa turun di kawasan ini. Lokasi ini juga kurang berhasil ketika air pasang dan biasanya hanya terdapat spesis bersisik mengikut arus masuk.