Kali ini saya berkesempatan merasai pengalaman jigging bersama rakan lain di Teluk Kemang bagi mempelajari kemahiran baru dan merasai pengalaman di kawasan lain. Jika selalunya sebagai Pilot, kali ini saya menjadi anak kapal sepenuhnya.
Hari ini saya bersama pelanggan tetap pancingport.blogspot En. Syed, Faiz dan krew blog Hazrol, menaiki bot milik Pilot terkenal di sini. Panggilan popular Apek Kecil lebih dikenali pemancing seluruh Malaysia. Oleh kerana Eboi telah menempah keseluruhan trip yang kosong, dapat lah saya menyelitkan diri bersama mereka ini.
Mata kail yang biasa digunakan bersama mikro jig..
Salah satu cara memasang mata kali bersama jig yang sesuai.
Sampai saja di pengkalan, bot belum berada di air. Di sini, bot akan ditunda dengan troley ke dalam air dengan jentera dan akan dinaikkan semula selepas digunakan. Cara ini mengurangkan kos baikpulih dan selenggara bot dalam jangkamasa panjang. Bot akan bersih dari teritip kerana berada di darat. Masalah kecurian juga boleh dikurangkan dengan cara ini.
Set Mikro yang saya gunakan lebih kecil berbanding dengan yang lain.
Setelah turun ke air, bot menuju terus ke lokasi memancing yang berada di kawasan laluan kapal. Teknik slow jig di dasar tidak banyak membuahkan hasil. Setelah beberapa kali menukar lokasi, akhirnya ada tangkapan dibawa naik.
Tangkapan pertama dengan teknik jig dasar. Saiz jig yang digunakan sekitar 40-50 gram
Teknik Jig Cast dengan set mikro dan jig 40 grm lebih sesuai di sini. Talang Raya dan Tenggiri banyak menyambar dipermukaan air. Anda cuma perlu tahu bagaimana menggayakan jig supaya pergerakkannya menarik perhatian ikan. Apa yang dapat saya belajar, setiap jenis jig mempunyai pergerakan berbeza. Setiap jig perlu di cuba terlebih dahulu untuk melihat bagaimana pergerakkannya di dalam air.
Ikan talang yang banyak menyambar dipermukaan air akhirnya tewas dengan jig Hazrol
Bersama salah satu Talang Raya yang berjaya saya naikkan dengan set kecil di atas tadi.
Setelah diperhatikan, jig bewarna silver dan pink lebih menyerlah berbanding dengan warna yang lain. Kemungkinan besar ia menyerupai ikan bilis dan ikan terbang yang berada di kawasan pemakanannya. Saiz jig terbesar adalah 150gram dan terkecil sekitar 40 ke 28 gram. Pemasangan mata kail harus bersesuaian dengan bentuk dan berat jig supaya ia tidak berpintal dan ikan tidak terlepas.
Seronok rupanya jigging ni..Set kecil tetapi memang kuat..
Ikan Kunyit yang diperolehi En.Faiz bersama En Syed
Setelah penat, kami bercadang mencari ikan Selar dengan teknik Apollo. Teknik yang digunakan di sini tidak sama dengan yang biasa saya gunakan di PortKlang. Ikan Selar di sini hanya berada di kawasan karang dan lubang di dasar. Apollo perlu diturunkan secara berperingkat dan akan melintasi lubang di dasar. Sekiranya ada, ia perlu ditarik secepat mungkin bagi mengelakkan kusut antara joran yang lain. Selain Selar, terdapat juga kembung dan Sardin di lokasi ini.
Apollo Selar ketika waktu petang, dengan cara dan teknik yg berbeza.
Tangkapan terakhir sebelum trip berakhir.
Hasil tangkapan kami sepanjang hari trip..
Trip berakhir sekitar jam 5 petang dan disusuli dengan pembahagian hasil sebelum pulang ke rumah masing-masing.