En.Iswandi adalah salah seorang anggota trip yang kerap turun bersama kami. Namun lokasi sangkar pada hari ini tidak berjaya membuahkan hasil. Beberapa hasil terbaik gagal di bawa naik setelah tersangkut dan putus pada sebelah paginya. Lokasi lain pula dipenuhi Ikan Duri dan Buntal lantaran air jernih dan telah surut.
Salah satu Senangin di sangkar yang disangka ikan duri.
Oleh kerana kawasan sangkar sudah menampakkan tanda-tanda kumpau, kami bersetuju berpatah balik sebelum senja berlabuh. Hasil usaha ini berjaya menambah hasil untuk dibawa balik. Lokasi Sarang Lang berjaya menghasilkan Semilang dan Gelama.
Semilang di kawasan dermaga kapal..
Salah satu tangkapan terbaik kali ini seekor ikan Kurau dengan umpan Beliak mata potong. sebelum umpan diturunkan saya telah berpesan kepada semua anggota trip supaya terus merentap joran sekiranya ada getuan walaupun kecil. Ikan Kurau di kawasan ini amat bijak mencuri umpan. Jadi cuma ini saja cara terbaik untuk memancingnya.
Analisis trip:-
- Umpan Beliak mata memang sering berhasil tapi cara sajiannya perlu tepat mengikut lokasi.
- Adalah lebih baik anda menggunakan set yang kukuh disekitar sangkar kerana kebarangkalian untuk kecewa boleh dikurangkan.
- Perambut halus tetapi kuat adalah yang terbaik bagi pemancing muara dan selat.
- Sekiranya air jernih di kawasan sangkar, elakkan guna udang kupas kerana ia mengundang buntal!