Masih ada kerja-kerja ringan dilaut yg perlu dilaksanakan. Kali ini mengambil gambar dan contoh air. Saya menggunakan bot rakan berikutan bot saya tidak sesuai digunakan.
Bot dilengkapi 2 enjin dan tandas, memudahkan kerja dan lebih selesa.Sabtu, 30 Ogos 2025
Trip Kerja Air
Trip Selat bersama orang lama..
Spot ini dipenuhi sangkut berpanjangan. Ada saja umpan yg tersangkut dibawah. Kadangkala ikan makan pun terus sangkut. Tetapi kebanyakan sangkutnya boleh lepas semula, lebih lagi jika masih ada ikannya.

Rabu, 9 April 2025
Suzuki 115Hp, tukar trotel cable dan servis cukup jam
Selengara enjin bot mengikut jam adalah perkara biasa bagi pengguna enjin 4 lejang di laut. Apabila cukup masa penggunaannya, minyak hitam dan penapis mesti ditukar supaya enjin tidak rosak dan panjang umurnya. Sama seperti kereta yang kita guna di darat.
Namun, kali ini bukan setakat minyak hitam dan penapis minyak, salah satu dari kabel minyak turut ditukar. Bahagian belakang berdekatan enjin telah berkarat dan pecah. Masalah timbul apabila salah satu skru remote telah loose dan tidak boleh dibuka.
Skru disebelah kiri adalah skru asal manakala skru disebelah kanan adalah yang rosak. Alat penarik skru terpaksa digunakan dan skru yang rosak berjaya dikeluarkan. Anda boleh belajar cara mengeluarkan skru tersebut di Youtube. Tetapi perlu ada Dril dan skru extractor, anda boleh beli di Hardware. Skru terpaksa saya grinder untuk membuat mata skru yang baru.
Apabila penutup sudah dibuka, barulah kepala kabel kelihatan dan proses menukar boleh dibuat. Tapi ini hanya untuk bahagian trotel saja. Bahagian belakang lain caranya.
Penutup atas dan sisi perlu dibuka terlebih dahulu. Penutup atas tiada masalah kerana ia mudah dibuka. Hanya tarik lock dan buka. Tetapi untuk bahagian sisi, terdapat 5 skru perlu dibuka dan kepala skru bersaiz 8mm jenis skru box. Dah longgar semua skru, barulah penutup sisi boleh dibuka.
Dah buka penutup, baru lah nampak kesemua ni. Untuk keluarkan kabel tadi, ada yg perlu dicungkil, di cabut dan ada juga klip yg perlu dibuka. Anda akan paham bila buat nanti.
Pengikat ini saya ubahsuai dan gunakan semula sementara menunggu barang gantian yang baru. Saya cantum skru lama dengan gam besi.
Setelah sehari dan dipastikan kering sepenuhnya, barulah dipasang semula ke penyambung enjin. Selesai memasang semua bahagian kabel tadi, saya menunggu air pasang untuk menukar minyak hitam pula. Kenapa air pasang?? Sebab jika air surut, enjin berada dalam keadaan baring. Untuk keluarkan semua minyak hitam, enjin perlu ditegakkan. Salah satu caranya naik pelantar yang tinggi dan kerja dibuat ketika air surut.Isnin, 3 Mac 2025
Isnin, 24 Februari 2025
Sampan kayu replika
Sampan replika pertama untuk awal tahun ini berukuran 9 kaki dengan tempoh masa agak pendek. Bila terlalu laju, banyak lah cacat celanya.
Sampan Kayu Replika 2025
Mulai tahun ini, saya tidak lagi membuat kerja-kerja membaiki sampan gentian kaca, berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Untuk sampan kayu ia tetap diteruskan.
Model kolek berukuran 12 kaki.
Replika ini akan digunakan di restoran yang menyajikan makanan di bulan puasa.
Selasa, 23 Julai 2024
Teknik bersauh dan berhanyut menggunakan udang Lipan.
Jadual air sesuai untuk memancing Julai - September 2024





































