Real size tradisional wooden boat.
Jumaat, 20 Oktober 2023
Khamis, 17 Ogos 2023
Bot bocor terkena batu karang!
Bekerja di bawah dermaga kapal, memang terdapat banyak bahaya. Antara yang biasa berlaku adalah ombak kapal dari bahagian luar. Sungguhpun terdapat kapal berlabuh, kadangkala ada juga ombak yang terlepas dan tanpa disedari memberi bahaya kepada kami. Pada hari ini, salah satu bot yang digunakan telah bocor akibat terkena batu karang di tiang dermaga.

Selain menggunakan gam ini, kain juga boleh digunakan untuk menutup bocor. Satu lagi cara adalah menggunakan plastik yang dibakar. Semua cara ini membantu dalam kecemasan dan perlu diketahui oleh semua jurumudi berpengalaman. Yang penting bot tidak tenggelam dan selamat untuk sampai ke pengkalan!
Selasa, 1 Ogos 2023
Projek Solar Rawang, latihan bot.
Harini kami memberi sedikit tunjuk ajar kepada operator bertugas di tapak projek. Semua orang boleh memandu bot, namun kemahiran khas perlu ada jjika digunakan untuk situasi tertentu.
Bot kecil akan digunakan untuk penyelia projek menyusun dan memerhati kerja dijalankan.
Tugasan selesai pada jam 12 tengahari dan menunggu untuk tugasan seterusnya pada hari pertama kerja bermula.
Projek Solar Rawang, penghantaran bot.
Belum pun selesai projek di Westport, 2 lagi bot terpaksa dihantar ke Rawang untuk tugasan disana. Kali ini bot akan digunakan untuk membantu kerja- kerja pemasangan solar panel sama seperti di Dengkil dulu. Bezanya bot Abg Emi turut sama terlibat.
Bot dan enjin di angkut menggunakan lori kren pada petang hari dan penghantarn dibuat pada subuh esoknya. Turut sama di hantar adalah bot 13 kaki beserta enjin 6hp.Senang jika ada kren macam ni, jika guna tangan memang tak terangkat. Lori kren disewa pula adalah lori yang biasa kami gunakan sebelum ini.
Tugasan Sg Langat
Tugasan di Sungai Langat kali ini melibatkan jabatan Perikanan dan pihak berkuasa tempatan dalam program pelepasan ikan Baung. Terdapat 8 buah bot terlibat dalam tugasan ini. Ini termasuk 2 bot pengiring dan bot nelayan kampung berdekatan.
Kerja memasang kabel di Westport
Projek kecil ini berlangsung selama 2 bulan bermula dari Julai hingga Ogos. Tugasan kami hanya tertumpu pada bahagian bot sahaja.
Oleh kerana kabel yang dipasang berada di bawah dermaga, kebanyakan kerja dilakukan pada waktu air pasang sahaja.Pening kepala jika dermaga kosong tanpa kapal berlabuh. Tiada lindungan, kerja menjadi sukar dan lebih bahaya.
Bermula dengan mengukur, menebuk lubang, semua dibuat diatas pelantar terapung khas.
Merarik dan menunda platform terapung ini memang memerlukan kemahiran. Jika tidak pandai, habis semua dilanggar. Ada cara dan teknik kerja yang perlu digunakan.
Selesai memasang braket besi, paip plastik pula dipasang. Setelah semuanya siap, barulah kabel dimasukkan.
Sehingga kini, kerja masih berjalan dan dijangka siap pada pertengahan bulan Ogos nanti. Jumlah bot yang digunakan hanya 2, bergantung pada permintaan. Semoga tugasan ini berakhir dengan sempurna.
Sabtu, 6 Mei 2023
Memasang stering hydrolik
Sesudah enjin berjaya dipindahkan, system kemudi adalah yg terakhir sekali dipasang. System kemudi bot ini menggunakan system hydrolik yg agak rumit kerjanya.
Oleh kerana nak beli peralatan yg betul agak mahal, saya gunakan kreativiti untuk mengurangkan kos. Guna benda murah tapi dengan fungsi yg sama.Penutup minyak mudah dibuka dan diketatkan dengan tangan saja.
Muncung plastik untuk gam silikon saya gam bersama gam tembak, yg cair apabila dibakar.
Kemudian disambung dengan penutup botol.
Penyambung 3 arah dari dari tembaga yang saya gunakan untuk mengalirkan minyak yg keluar, kembali kepada tabung minyak di stering.
Ada injab perlu di longgarkan supaya minyak dapat dialirkan keluar untuk membuang sisa udara di dalam salur minyak.
Semuanya berjaya disiapkan dalam masa sehari. Setiap 1 proses kerja dibuat dalam 1 hari. Takda lah terkejar - kejar dibuatnya. Proses terakhir adalah memasang 2 skru tambahan di transom. Bot dijangka beroperasi dalam bulan julai 2023.









































