Selasa, 19 Ogos 2014

Keadaan Air Sesuai Untuk Memancing Bulan September 2014

Berikut kami senaraikan hari yang sesuai untuk memancing.

1         Air Kecil
2         Air Mati
3         Air Mati Tak Berarus
4         Air Mati
5         Air Menyorong Besar
6         Air Menyorong Besar
7         Air Besar
8         Air Besar
9         Air Besar
10       Air Besar
11       Air Besar
12       Air Besar
13       Air Besar
14       Air Besar
15       Air Mengurang
16       Air Kecil
17       Air Mati
18       Air Mati Tak Berarus
19       Air Mati
20       Air Menyorong Besar
21       Air Menyorong Besar
22       Air Menyorong Besar
23       Air Besar
24       Air Besar
25       Air Besar
26       Air Besar
27       Air Besar
28       Air Besar
29       Air Besar
30       Air Menyorong Kecil
31       Air Kecil

Tarikh paling sesuai untuk memancing adalah sekitar 1-2, 4-6, 15-17, 19-22, 30-31.

Semua informasi di atas sekadar petunjuk sahaja dan bukanlah tepat. Semuanya bergantung kepada cuaca, lokasi dan keadaan arus pada waktu yang dinyatakan. Paling penting rezeki dari Allah Ta'ala. Sedikit pengalaman sebagai pemancing di kawasan ini, kami kongsikan bersama anda.

Trip 10/8 En.Faizal

Encik Faizal dan Rakannya ini cuba menduga kawasan Pulau Ketam ketika cuti bekerja. Hanya seekor Kerapu berjaya dibawa naik. Ini lah dinamakan rezki di laut yang tidak tentu hasilnya. Walaupun bermacam umpan digunakan namun nasib tidak menyebelahi mereka.


Terdapat juga 1 lagi trip yang hanya berjaya menaikkan ikan Gelama dan Tetuka saja selepas trip ini. Berkemungkinan keadaan air dan umpan tidak sesuai ataupun nasib mereka kurang baik. Namun begitu, saya hanya mampu berusaha sebaik mungkin dan selebihnya bergantung kepada rezeki.

Memancing bersama Ibu

Ketika tidak mempunyai trip, adakalanya saya membawa ibu turun memancing. Menghilangkan tekanan di rumah dan bersantai sambil mencari lauk segar untuk makan malam. Seperti biasa, kebanyakan tangkapan baik biasanya di monopoli Ibu.

Ikan Tebal Pipi atau Gerut-Gerut bersaiz besar ini kami perolehi di dalam sungai.

Oleh kerana angin kuat di kawasan terbuka, kami meninjau lokasi sungai yang telah ditanda berpotensi sebelum ini. Walaupun di dalam sungai, angin kencang tetap membadai bot kami hingga kami terpaksa mencari lindungan disebalik pokok atau mengikat bahagian belakang ke poko supaya bot tidak bergerak ketika memancing. Amat sukar memancing sekiranya bot sentiasa bergerak ke kiri dan ke kanan sentiasa dan kebiasanyanya perambut akan kerap tersangkut di dasar kerana kebanyakan lokasi memancing kami mempunyai reba.

Ikan Pari Lalat mungkin..

Umpan udang kecil sebesar jari kelingking banyak membuahkan hasil pada hari ini, memandangkan tiada langsung udang bersaiz besar yang digunakan. Sungguhpun memnggunakan udang kecil, ikan di sini memang bijak menyedari penipuan kami. Perambut dan mata kail perlu halus dan rentapan perlu di buat serta merta atau ikan akan melepaskan diri. 


Selain ikan Gelama yang menjadi tangkapan biasa, Tetuka, Duri dan Pari ini menjadi habuan ibu. Oleh kerana kawasan ini beralur dalam, Ibi terkeliru kerana menyangka sampah yang menarik kail. Sesudah saya tarik dengan tangan, barulah ikan Pari ini melarikan diri dari dasar. Sungguhpun kecil saja, kepuasan terpancar diwajah Ibu. Kami pulang ke pengkalan seawal jam 6 petang mengharungi angin kuat dan gelombang ketika melintasi laluan kapal.

Rabu, 6 Ogos 2014

Promosi Trip Menjaring Ketam

Berdasarkan kepada permintaan, trip menjaring ketam akan dilanjutkan sehingga musim ketam berakhir. Rebutlah peluang ini dan merasai kehidupan seorang nelayan selama 1 hari!

Harga Rm350
3+1 tekong
Peralatan seperti Jaring, Lampu di sediakan
Anda perlu bawa sarung tangan sendiri, kotak ikan, ais, makanan dan minuman.
7pagi-7petang/ 12 mlm-12tghari

Tarikh sesuai 17-21 Ogos, 1-5, 17-19 September

Sekadar Informasi, cuaca sekitar padang pancing..

Kebanyakan keadaan ketika ini di penuhi jerebu dan angin yang tidak menentu sepanjang masa. Jerebu akan akan lebih tebal sekiranya tiada angin pada sebelah malam. Angin kuat dan hujan yang melanda kebanyakannya ketika subuh dan pada waktu air pasang. Angin ketika ini bertiup dari arah barat. Dengan kata lain, dari arah laut terbuka menghala ke kawasan selat. Agak bahaya jika anda memancing di kawasan luar dan laluan kapal ketika waktu malam.

Kepada semua rakan pemancing, sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan cuaca semasa. Elakkan berada di kawasan terbuka dan berisiko tinggi. Sekadar informasi untuk anda..

Trip Menjaring 2/8 En Fauzi dan Rakan

Trip menjaring selepas raya yang saya bawakan ketika ini telah ditempah sebelum hari raya. Oleh kerana musim ketam masih berlangsung, hasil sangatlah memuaskan. Turun pada malam Sabtu 2/8 membawa kepada Ahad 3/8 keesokkan harinya. Walaupun keadaan angin tidak menentu pada waktu malam dan pagi, trip berjalan lancar dengan jayanya.

 Ketam kali ini tidak banyak yang berkarang pada badannya, mungkin musimnya akan berakhir.

 Hasil ketam yang berjaya di naikkan memang agak kasar. Kebanyakannya saiz besar dari jenis ketam Renjung/Bunga. Sepit ketam diikat dengan gelang getah bagi mengelakkan ia terpisah dari badan dan mengurangkan isinya. Isi ketam seperti air dan sekiranya pecah, sudah tentu mengurangkan beratnya.

 Selain ketam, ikan Pari juga berjaya dinaikkan.

Seekor ikan Pari dan Tetuka yang rasanya melebihi 50 ekor berjaya mengisi 1 tong ikan yang kami bawa. Jaring di labuh di kawasan pantai yang cetek sahaja. Jaring yang digunakan pula adalah jaring bawal 4 inci pelampung panjang. Untuk pengetahuan anda, pelampung panjang untuk jaring tenggelam dan pelampung bulat untuk jaring timbul. Kebanyakan jaring timbul digunakan menjerat spesis permukaan seperti Senangin, Belanak dan Talang, manakala jaring tenggelam untuk Bawal, Ketam, Udang dan Spesis dasar yang lain.

Terdapat juga ikan Bawal Putih yang begitu sedap rasanya.

Hasil keseluruhan memenuhi 2 peti kami, ketam dan ikan. Trip terpaksa pulang lebih awal memandangkan bekalan ais tidak dapat menampung hasil yang diperolehi. Kami pulang kepengkalan pada jam 1 tengahari.

Selamat Hari Raya!

Salam ceria kepada semua pemancing di luar sana. Cuti hari raya yang panjang di kampung, pastinya membuat anda berat hati untuk pulang bertugas semula. Begitu juga kepada kaki pancing yang tidak pernah duduk diam ketika di kampung halaman. Walaupun pada hari raya kedua, sudah ada yang gatal tangan menjengah kawasan lombong, paya, sungai dan sawah yang berdekatan untuk memancing. Berpada-padalah pada yang telah berkeluarga dan jangan melampaui batas. Ambillah kesempatan untuk beramah mesra dengan sanak saudara ketika ini.

Namun begitu, ini lah masa yang dinanti-nantikan kepada warga kota ketika di kampung halaman. Maklumlah, setahun sekali dapat berkunjung ke lokasi memancing semasa kecil. Hal ini juga berlaku kepada saya ketika kecil dulu. Namun kini, semuanya sudah berubah dan kebanyakan lokasi pilihan memancing sudah tiada lagi. Semuanya hanya tinggal sisa dan kenangan sahaja.

Kepada yang telah bercuti, selamat kembali bertugas. Berhati hati ketika memandu pulang ke rumah masing-masing. Pastikan kenderaan selamat di pandu dan pandulah dengan cermat. Akhir kata, ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua peminat dan pembaca blog kami dan selamat memancing semula!