Khamis, 30 Januari 2014

Trip tidur sepanjang malam..

Sudah lama kami tidak turun memancing bersama berdua memandangkan Acid sudah menjadi pemandu lori sepenuh masa di Kilang Ayam Eboi. Oleh kerana pada minggu ini operasi kilang tergendala sebentar, saya dan Acid turun untuk mengendap Sang Kurau. Harapan mengunung tinggi akhirnya kecundang kerana cuaca sejuk melampau. Keadaan angin sepoi-sepoi bahasa tanpa henti hingga ke pagi menyebabkan aktiviti memancing terganggu. Sebaliknya diganti dengan tidur-tidur ayam disamping menggigil kesejukan sepanjang malam. Walaupun 4 kali mengubah lokasi, hanya Gelama dan Semilang kecil yang diperolehi.

Selepas matahari mula menyinar dan cuaca sejuk menghilangkan diri, barulah kami bergerak semula menyambung aktiviti memancing. Badan pula tersa sakit, kesan cuaca sejuk pada malamnya. Selepas berlegar di kawasan Lebuh Gurap, kami mengambil keputusan pulang ke muara untuk mencari Sang Tirusan.


Setelah berpatah balik ke sungai, aktiviti dimulakan dengan menjala udang di sekitar kawasan tiang gombang. Terdapat banyak udang bersaiz besar di sekitar kawasan ini. Helahnya ialah, anda harus menjala di bahagian cetek pertemuan air jernih dan air keruh. Di sini, enjin terpaksa dinaikkan sedikit bagi mengelakkan bot tersangkut di lumpur. Setelah mendapatkan bekalan udang, kami singgah di satu lokasi pokok tumbang menunggu arus pasang masuk ke sungai. Sambil menunggu, kami masak dan makan tengahari.


Air jernih yang kami sangka berterusan rupanya keruh setelah arus mula laju. Jika mengikut kiraan air ketika ini, arus laju akan mula tenang setelah 2jam dari mula pasang. Jangkaan kami meleset bila mana air keruh hampir sepanjang masa pasang. Sang Sesirat begitu rakus membaham udang kami sehingga perambut terpaksa ditukar berulang kali. Sabar, sabar, dan sabar kata Acid. Kita tunggu dan sediakan perambut gantian sebanyak mungkin.


Akhirnya kesabaran terbalas dengan hasil tangkapan yang kerap kali dinaikkan. Antaranya Semilang, Tirusan, Gelama dan Tetanda hanya di satu lokasi tersebut. Hanya seekor Tirusan yang berjaya dinaikkan Acid kali ini. Sekor Pari Bintik berjaya saya naikkan dengan bersusah payah dek kerana set kecil yang digunakan. Tangkapan yang tidak sebesar mana ini menarik keluar hampir keseluruhan tali pancing saya.




Inilah yang dikatakan rezki dalam air. Yang dirancang begitu jauh jaraknya, tetapi yang berhasil lokasi berdekatan saja. Semua tangkapan menggunakan udang hidup yang dijala pada siang tersebut. Udang kolam yang kami bawa terlalu kecil dan kurang sesuai agaknya. Kehadiran kanopi baru pula melindungi kami dari panas terik. Hasil dari cuaca sejuk ini ini juga, saya demam selama 3 hari :)

Trip 25/1 En.Imran dan Rakan

Trip siang bertolak pada jam 9 pagi di anggotai 4 orang pemancing termasuk saya. Laluan sungai kecil menghala ke pulau ketam menghasil beberapa ekor tangkapan. Walaupun tidak sebesar mana, adalah juga tangkapan dibawa naik. Berikut beberapa gambar yang sempat saya rakamkan bersama.

Saiz Tetanda yang biasa diperolehi di kawasan anak sungai..

Gerut comel..

Tetanda..

Tetanda comel..

Tetanda..

Tetanda comel..

Gerut comel..

Walaupun ketiadaan arus di kebanyakan kawasan, laluan sungai-sungai kecil ketika ini memang terdapat ikan. Cuma hanya yang bernasib baik saja berjaya menaikan saiz besar. Kebanyakan tangkapan hanya menggunakan umpan Perumpun saja. Tiada langsung ragutan kasar di kawasan sangkar memandangkan tiada arus. Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami untuk memancing.

Khamis, 23 Januari 2014

Trip 22/1 En.Radhi dan Rakan

Cuaca terbaik untuk trip kali ini memang selesa untuk memancing. Ditambah dengan umpan udang hidup bersaiz sederhana dan sotong pasar segar. Antara hasil tangkapan pada kali ini..

Tetanda pertama di lokasi Sarang Lang.

Tetanda kedua di lokasi sama.

 
Tetanda lagi..

Lagi tetanda..

Tetanda lagi, orang yang sama..

Lokasi sangkar Pulau Ketam..

Baca lebih ni, Tetanda lagi..

Tebal Pipi di laluan bot sungai Pulau Ketam.

Muara Sungai Pulau Ketam, Tetanda.

Merah sebelum trip berakhir, di lokasi sauh sangkar.

Tangkapan keseluruhan trip..

Air menyorong kecil pada trip kali ini memang sesuai untuk memancing. Agak jarang dapat bertemu waktu begini. Dengan umpan yang sesuai, air jernih dan arus tidak terlalu laju, mungkin mempengaruhi hasil tangkapan kali ini.

Keadaan Air Cantik Bulan February 2014

Sedikit maklumat keadaan air yang sesuai untuk memancing.

1-4             Air Besar
5-6             Air Menyorong Kecil
7                Air Mati
8                Air Mati Tak Berarus  
9-10           Air  Mati
11-13         Air Menyorong Besar
14-19         Air Besar
20-21         Air Menyorong kecil
22              Air Mati
23              Air Mati tak berarus
24              Air Mati
25-28         Air Menyorong besar

Kepada yang telah menunda tarikh kepada bulan February, sila pastikan ianya sesuai untuk memancing. Sila lihat artikal blog terkini sebagai bahan rujukan.

Membawa Ibu memancing..









:)      :)     :)     :)

Isnin, 20 Januari 2014

Kanopi Baru

Bot yang kami gunakan tidak mempunyai kanopi seperti bot kecil. Memudahkan anggota trip melontar umpan tanpa halangan dan mengurangkan berat muatan. Berat muatan yang bertambah, bermakna banyak minyak yang digunakan dan makin kurang jarak pemanduan. Namun atas keperihatinan dan permintaan, akhirnya kanopi di pasang juga.

 
 Ikat pada bumbung, ada lebih setengah kaki ke sisi. Harap-harap selamat :)

 
 Yang belakang muat pula tu, dengan sedikit lengkungan paksa.

 
 Tukun terbaru dibawa bersama, sekali jalan kata Acid. Kan senang kalau dah sampai pengkalan.

Walaupun tidak secantik yang mahal, ini hasil kerja tangan kasar saya dan Komando_sg. Akhirnya sampai ke pengkalan jam 2 petang bersama 5 unit tukun buatan, menggunakan pacuan 4 roda Eboi. Acid pula yang jadi pemandunya. Saiz kanopi yang melebihi saiz kenderaan, memaksa ia diikat rapi pada bahagian atas dan sisi. Harapan kami, jangan pula semuanya bersesak-sesak di bawah kanopi untuk memancing selepas ini. Nanti terganggu pula aktiviti memancing anda.

Trip 19/1 En.Umar dan Rakan

Trip kali ini hanya 3 orang termasuk saya meninjau kawasan memancing yang berdekatan saja. Air laju dan keruh maksima ketika pasang, menyukarkan aktiviti memancing. Namun kadangkala jika sudah rezki, waktu bila pun anda turun tetap akan ada hasilnya. Umpan udang hidup dan perumpun digunakan pada trip kali ini. Berikut antara gambar yang sempat kami rakamkan.

Tirusan di tiang jambatan Pulau.

Pisang di lokasi sama.

Tetanda comel.

Ikan Baji comel.

Kebanyakan lokasi di muara tidak menghasilkan apa-apa tangkapan. Adakalanya langsung tiada sentuhan. Jika di bahagian tengah pula, hanya duri yang kerap menyambar umpan kami. Walau bagaimanapun, terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami.