Selasa, 11 Jun 2013

Memandu Bot Dan Penjagaan

Salam ceria kepada semua pemancing. Memandangkan bahang pilihanraya telah berlalu, aktiviti memancing kini rancak semula. Ramai yang saya lihat boleh memandu bot tetapi kebanyakannya memandang ringan beberapa perkara yang sangat penting. Memandu bot bukanlah semudah membawa motor di atas jalan raya. Walaupun nampak mudah, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dan perlu ambil tahu.

Biasanya, pemandu bot berpengalaman akan sentiasa mengamalkan beberapa perkara ini ketika memandu bot mereka. Antaranya ialah,..

Campuran minyak pelincir(2T) dan Petrol

Ini adalah campuran normal untuk 1 tangki penuh 22 liter petrol, 1 : 22. Bermaksud, 1 botol penuh 2T di campur dengan 1 tong 22 liter petrol. Jangan gunakan minyak pelincir motor biasa untuk enjin sangkut anda! Minyak tersebut tidak sesuai dan akan mendatangkan kerosakan kekal pada enjin sangkut. Hanya minyak khas untuk enjin sangkut boleh digunakan. Minyak pelincir ini biasanya boleh di dapati di kedai menjual enjin sangkut, stesen myk Shell yang berdekatan laut, kedai pancing atau kedai menjual peralatan mekanikal. Terdapat 3 jenis jenama yang biasa digunakan iaitu QuickSilver, Yamaha dan Shell Outboard. Banyak kejadian enjin rosak bermula dari perkara remeh ini di atas kurangnya ilmu dari pemancing sendiri. Hasilnya, enjin sangkut yang baru dibeli terpaksa di baiki walaupun baru 2 kali turun ke laut. Biasanya kerosakan tersebut melibatkan bearing haus, bunyi kasar dan piston tersangkut(jem). Kelalaian anda akan menyebabkan poket anda koyak!

Terdapat juga pemancing yang memandang remeh perkara ini hanya untuk berjimat. Oleh kerana hal ini, biasanya minyak pelincir akan di kurangkan dari ukuran sebenar. Perkara ini sering berlaku apabila minyak baru, di tambah ke dalam tangki. Untuk keselamatan, sila pastikan minyak pelincir di campur terlebih dahulu di luar tangki bagi mengelakkan kesilapan berlaku. Jangan risau sekiranya campuran pelincir terlebih. Lebih baik terlebih dari terkurang. Biasanya jika terlebih, kuantiti asap akan lebih sedikit. Jika keterlaluan, enjin akan sukar sedikit untuk dihidupkan dan akan menjadi berat ketika digunakan. Baki minyak yang telah dicampur tadi masih boleh disimpan untuk digunakan di lain masa. Cuma pastikan ianya ditutup rapat dan disimpan di tempat teduh. Buka tutup jika gas mengembang sekali-sekala.Untuk pengetahuan anda, sekiranya minyak disimpan terlalu lama, enjin akan menjadi berat dan perlahan. Jika terlalu lama, minyak tersebut akan bertukar menjadi air dan tidak boleh digunakan lagi.

Pemilihan jenis minyak petrol

Minyak petrol juga mestilah sesuai dengan kegunaan enjin sangkut anda. Gunakan minyak yang sama untuk motor dan kereta anda. Jangan sesekali menggunakan minyak bercampur diesel. Sekiranya menggunakan bekas diesel untuk petrol anda, sila cuci terlebih dahulu bekas tersebut hingga bersih. Sisa diesel di dalam minyak anda akan menyebabkan karburator rosak atau tersumbat. Selain itu, prestasi enjin akan menurun dan kerosakan kekal pasti berlaku.

Sebelum dan selepas digunakan

Hidupkan dan panaskan enjin sangkut anda sebelum digunakan. Ini bagi memastikan perjalanan enjin lebih lancar tahap pembakarannya. Walaupun enjin sangkut tidak digunakan, enjin masih perlu dihidupkan sekurang-kurangnya sebulan sekali jika berada di darat atau 2 minggu sekali jika di atas bot. Enjin sangkut yang terlalu lama tidak dihidupkan boleh rosak kecuali jika disimpan di tempat sesuai. Contohnya di dalam rumah atau kedai. Setelah habis digunakan, cabut saluran minyak dan biarkan enjin hidup dan mati sendiri. Ini untuk mengelakkan berlaku mendapan pada karburator dan dalam saluran minyak.

Sistem Penyejuk/Pam air
Setelah enjin dihidupkan, pastikan air sistem penyejuk enjin keluar dengan lancar. Saluran ini berada di belakang enjin anda. Air ini berfungsi menyejukkan enjin dengan berpusing melalui saluran di sekeliling enjin bermula dari pam yang berada di bahagian atas kotak gear. Air ini mesti keluar dengan lancar tanpa terputus-putus atau tersekat-sekat. Sama ada ketika dihidupkan atau ketika beroperasi di atas bot. Sentiasa perhatikan air tersebut dengan kerap ketika membawa bot. Kadangkala terdapat sampah tersangkut dibahagian lubang pam dan menghalang air masuk. Sekiranya ini terjadi, kerosakan akan berlaku. Enjin akan panas dan asap mula keluar melalui lubang air tadi. Biasanya gasket pada bahagian enjin akan terbakar terlebih dahulu dan diikuti dengan kerosakan di bahagian lain. Tidak semua jenis enjin sama sistem penyejuknya. Ada yang mempunyai 1 saluran air, ada pula yang mempunyai 2 saluran air, bergantung kepada jenis enjin.

Sekiranya ada masa nanti, saya akan letakkan gambar sebagai bahan rujukan..

Membawa Anak Buahku Memancing..

"Ayah da janji nak bawa Abang pegi mancing kan. Dulu sekali je mase darjah 1 ayah bawak Abang pegi mancing"....

Inilah kata-kata anak buahku Hamim, sehari sebelum trip. Namun trip terpaksa dibatalkan pada hari pertama dan di tukar pada hari kedua. Itupun selepas hujan pada waktu pagi. Bertolak agak lewat kira-kira dalam jam 2 petang, saya melencongkan bot ke kawasan yang tidak mempunyai gelombang di laluan sungai untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan laut.

Ayah dan anak, dah sama kaki pancing. Jangan sampai lupa buku bang...

Tangkapan pertama,..yang ni dia tarik je..

Tapi yang ini, baling sendiri, tengok sendiri, tarik pun sendiri.. Boleh tahan la, Tetanda tu..

Penat dan lapar, maklumlah dapat ikan besar kan.. 

Walaupun trip ini begitu singkat dan tangkapan tidaklah begitu banyak, namun percubaan pertama untuk menaiki bot sudah boleh dibanggakan. Nanti lain kali, ayah long bawa abang ke tempat yang lagi banyak ikan ye..

Trip Menjejak Tirusan Bersama Keluarga


Sepanjang minggu lepas, hasil tangkapan yang berjaya dinaikkan kaum keluarga dalam trip menjejak Tirusan di sepanjang laluan sungai.

 Hasil percubaan pertama di satu kawasan reba kecil..

 Ibu ku bersama Tirusan pertama di reba kedua..

 Tirusan di reba kedua. Terdapat 5 ekor yang berjaya dinaikkan di lokasi ini.

 Reba kecil tetapi berisi..

 Acid bersama Tirusan kecil di satu lokasi tunggul kayu..

 Kebanyakan lokasi ini memerlukan kaedah penyuluhan sebelum memancing. lokasi yang mempunyai reba dan tepat berada di laluaannya saja yang akan membuahkan hasil. Spot seperti ini kebanyakannya dihuni Sesirat yang gemar dengan umpan udang hidup kami. Walaupun agak letih menukar perambut, namun hasil yang diperolehi agak memuaskan hati.

Penn Senator 4.0 untuk dijual

Jenis mesin Penn Senator 4.0
Stok lama
Terdapat 12 unit saja
Harga Rm350 bagi setiap 1 unit

Isnin, 3 Jun 2013

Promosi Sewa Bot Budget Untuk Bulan June 2013

Harga Rm250
8am - 6.30pm atau 8pm - 6.30am
Termasuk minyak dan Tekong
Hanya untuk 4 org
Umpan digalakkan bawa sendiri
Bot 24/60hp/Tiada kanopi


Trip ini khas bagi mereka yang tidak tahan mabuk laut
Lokasi hanya di dalam sungai sahaja
Spesis buruan adalah Tirusan

Tarikh sesuai adalah
1,2,3,4,5,14,15,16,17,18,19,29 June

Kepada yang berminat untuk membuat trip, sila sms untuk pengesahan terlebih dahulu dan deposit sebanyak rm50 untuk pengesahan. Tawaran sah dari 1 hingga 30 June sahaja.

Jumaat, 31 Mei 2013

Trip 30/5 En.Umar dan Rakan

Walaupun hasil sebelum ini tidak sebanyak mana, namun mereka ni berhajat turun sekali lagi. En.Umar dari Cheras bersama rakannya sekali lagi turun memancing. Inilah bahaya memancing, sekali tersangkut, selamanya kaki pancing. Jangan sampai tidak balik ke rumah, sudah la..

 Jika sebelum ini ikan Gelama, kali ini agak banyak ikan Gred A berjaya dinaikkan. Antaranya Tetanda di laluan bot ini..

 Gelama Selewak di lokasi sama..

 Lagi Tetanda di lokasi yang sama..

 Murah rezki mereka ni, walaupun baru lokasi pertama. Daun Baru saiz ini yang saya sendiri pun tidak pernah dapat, berjaya di naikkan mereka berdua ni..

 Gelama selewak juga di lokasi yang sama..

 Tetanda di satu lokasi lain..

Kerapu comel di lokasi sangkar dan laluan bot Pulau Ketam. Kawasan cetek yang menghasilkan beberapa ekor Merah kecil berjaya ditemui hasil dari penyuluhan yang kami lakukan. Malangnya kawasan tersebut di penuhi jaring tagan nelayan. 

Trip pulang ke pengkalan pada jam 8 malam dengan hasil yang tak seberapa ini. Terima kasih kepada mereka ni kerana masih sudi menggunakan perkhidmatan kami. Jumpa lagi bulan depan katanya, insyaallah..

Trip 28-29/5 Kerja-kerja Mengukur, Mengambil contoh air dan Tanah

Selain memancing, ada juga kerja-kerja di air yang kami bantu dari segi logistik dan khidmat lain. Berikut kerja di kawasan Tanjung Rhu, Pulau Carey bagi mengambil contoh air dan tanah di kawasan terbabit. Walaupun agak sukar dan memenatkan, semua tugas berjaya disiapkan pada masa yang telah ditetapkan..

 Bertolak dari pengkalan pada jam 8 pagi ketika cuaca tidak begitu cerah.

 Antara peralatan yang digunakan bagi mengambil contoh tanah. Agak berat namun mudah jika menggunakan peralatan bantuan yang betul dan sesuai.

 Tugas mudah menjadi bahaya apabila kawasan yang dikunjungi adalah cetek dan bergelora. Gelombang akan menjadi lebih ganas jika melalui kawasan cetek seperti ini. Gelombang tersebut boleh dilihat dari jarak jauh.

Mengambil contoh air di kedalaman berbeza..

Terima kasih kepada En.Jaya yang mengunakan perkhidmatan kami untuk tugasan ini. Kerja selama 2 hari berakhir dengan merekod kedalaman air di sekitar lokasi terbabit. Walaupun agak letih, namun ada ilmu yang kami perolehi di sini.