Jumaat, 31 Mei 2013

Trip 20/5 En.Umar dan Rakan

Ada ramai pemancing di luar sana dengan hobi memancing yang berbeza. Ada yang gemar menebing, ada yang gemar menyampan. Namun semuanya memerlukan kos. Walaupun menebing, masih ada kos yang perlu dikeluarkan dari poket. Namun ada juga yang mahu menyampan dan teringin sangat untuk mencuba, tetapi terpaksa di dibatalkan kerana tidak tahan mabuk laut. Kepada mereka yang begini, carilah lokasi yang sesuai dan elakkan dari mengunjungi kawasan yang kuat gelombangnya. Jika mahu turun juga, carilah ubat yang sesuai..

Trip En.Umar dari Cheras ini baru pertama kali turun menyampan bersama kami. Walaupun tidak banyak ikan baik yang berjaya dinaikkan, namun cukup untuk memuaskan hati mereka ni. Berikut antara tangkapan yang berjaya di naikkan..

 Kita bergambar dulu ye..

 Lokasi biasa yang tidak pernah menghampakan, namun kadangkala begitu menghampakan :) Rezki dalam air, Allah saja yang tahu..

 Tunggu sekejap, Senangin comel meragut umpan dia ni..

 Semilang di lokasi Sarang Lang yang hanya berjaya ditipu dengan umpan udang mati.

 Gelama Selewak di lokasi dalam sungai..

 Akhirnya Tebal Pipi berjaya dinaikkan di kawasan sauh sangkar..

 Seekor Kerapu comel juga di lokasi ini..

Tebal Pipi di lokasi yang sama..

Trip ini bertolak pulang pada jam 11 malam berakhir di lokasi kapal berlabuh yang menghasilkan seekor Pari kecil. Tak sempat untuk bergambar dek kerana tiada lampu. Kami berlabuh di sebelah kapal besar untuk meminjam sedikit sinaran lampu. Terima kasih kepada mereka kerana sudi turun bersama kami..

Trip 26/5 Rakan dari Pancing.net, En.ArifDalaz

Oleh kerana pada malam terbabit saya mempunyai kelapangan, saya turun bersama seorang rakan dari pancing.net untuk memancing. Kebetulan pula pada malam tersebut beliau menghubungi saya. Walaupun turun lewat malam, namun ada juga hasil walaupun tidak berstatus ikan Gred A. Bersama saya juga adik ipar, Nizam yang selalu mabuk ketika turun.. Kesian..

 Pari Muncung dan Tetuka begitu banyak di lokasi ini. Semilang besar bersaiz 1.5 kg berjaya dinaikkan adik ipar sebelum mabuk hehehe..

Cuaca yang begitu baik pada mulanya, bertukar ganas pada waktu selepas tengah malam. Walaupun agak melompat-lompat dan sauh sering terangkat, mereka ni masih setia dengan joran masing-masing. Kami bertolak pulang pada jam 9 pagi ke pengkalan. Lain kali kita cuba lagi ye..

Menjejak Sesumpit

Setelah penat membawa trip saban hari, adakalanya saya turun bersama spupu rapat untuk mengambil angin dan menimba ilmu. Maklumlah, ilmu yang saya ada tidaklah sehebat tekong yang ada dan sudah terkenal di kawasan ini. Kena lah rajin menimba dan menambah ilmu di dada. Kali ini kami menyusuri anak sungai, menjejak spesis Sesumpit dengan teknik pelampung. Namun bukan di lokasi yang biasa, tetapi di kawasan lain yang belum pernah dicuba.

 
Lokasi sungai yang mempunyai pokok mati seperti ini, amat disukai Sesumpit. Dari jauh anda akan dapat melihat ikan ini 'meludah' air ke tunggul kayu untuk menjatuhkan serangga.

 Sempat juga saya memancing dan ini penghuninya. Satu lagi umpan yang saya hanyutkan tanpa batu, tidak bejaya dinaikkan. Hasilnya tersangkut di dasar sungai..

 Ini lah yang dicari.. Boleh tahan juga kata Eboi, namun saiznya tidak sebesar di lokasi yang biasa..

 Aksi di akhiri dengan aktiviti mengejar pelampung putus di celah pokok bakau. Hanya terdapat satu pelampung saja yang dibawa dan pelampung yang putus berjaya dikait semula setelah bersusah payah mencelah di pokok bakau. Sabar sajelah..

Trip 12/5 Cik Nisa & Famili

Memancing seumpama mencari harta karun.. Itulah pepatah dari seorang rakan yang biasa memancing bersama kami. Kadangkala ada, kadang kala tiada langsung. Walaupun terdapat 2 trip sebelum ini yang kumpau dan langsung tidak membuahkan hasil, kali ini trip Cik Nisa dari Kuala Lumpur, agak berjaya menghasilkan tangkapan di luar jangkaan. Walaupun hanya menggunakan set murah yang kecil, ikan tidak melihat itu semua. Rezki untuk mereka yang pertama kali turun di kawasan ini.

Bertolak agak lewat kira-kira jam 10 pagi, bot di halakan terus di lokasi Labuhan Kurap. Sebelum itu sempat juga saya membuang teritip di bawah bot, semasa menunggu mereka ni. Dengan udang saiz kecil rm1 3 ekor, berikut tangkapan yang berjaya dinaikkan mereka ini..

 Biasanya lokasi pokok mati seperti ini ada yang menghuninya. Namun tiada tangkapan yang berjaya dinaikkan kali ini.

 Semilang di lokasi Labuhan Gurap..

 Alamak! Melompat pula ikan ni. Utunglah sengat telah di buang.. Seekor lagi bersaiz anggaran 1.5kg telah berjaya melepaskan diri, gara-gara perambut dan mata kail kecil yang kami gunakan.. Biasanya perambut halus dan mata kecil, saya sarankan untuk pemancing baru. Mudah mengena ikan tetapi risiko putus amat tinggi.

 Joran casting lembut dan mesin rm40 yang saya gunakan sekadar mencukupkan syarat. Saya pinjamkan kepada anggota trip kerana joran yang dibawa telah patah hujungnya. Nasihat kepada pemancing lain, bawa joran lebih ketika turun membuat trip sebagai insuran.

 Pari Muncung yang banyak di lokasi ini sangat menggemari umpan udang kecil yang mati.

 Tak besar ikan ni, tapi seronok melayannya.

 Daun Baru bersaiz ini juga berjaya di naikkan di lokasi ini yang hanya mempunyai kedalaman 1 meter.

 Seekor lagi berjaya di naikkan di lokasi ini..

 Lagi tangkapan baik di lokasi yang sama..

 Eh?? Ini Jemuduk atau Gt kan?? Kat sini pun ada..Kelam kabut dibuatnya dek kerana joran yang digunakan hanya jenis lembut dan kecil.

 Aksi berebut payung 2 beradik yang kadangkala mencuit hati saya. Insyaallah, nanti kami adakan kanopi ye..

 Kalau sudah rezki, semuanya pun dapat. Seekor Belangkas juga tertipu dengan umpan udang kecil yang kami sajikan..

Trip ini bermula agak lewat namun berakhir pada jam 6.30 petang. Walaupun jangkamasa yang singkat, murah rezki mereka ni. Terima kasih kepada Cik Nisa kerana turun bersama kami.

Sabtu, 4 Mei 2013

Barang Pancing Murah Untuk Dijual

Kepada yang berminat membeli barang-barang pancing murah, ini ada maklumat terbaru untuk anda. Dari mata kail, kekili, joran hinggalah Mesin Kekili, Enjin Sangkut, Sonar dan Gps set ada dijual. Anda hanya perlu maklumkan kepada kami,

Nama barang
Buatan mana
Model dan Number siri
Harga di pasaran
Jumlah kuantiti

Kami akan dapatkan harga termurah untuk anda dengan wang pendahuluan terendah..













Selasa, 30 April 2013

Promosi Sewa Bot Budget Untuk Bulan Mei 2013

Harga promosi untuk bulan Mei 2013

Rm300
8am - 7pm
Termasuk minyak dan Tekong
Hanya untuk 4 org
Umpan digalakkan bawa sendiri
Bot 24/60hp

Kepada yang berminat untuk membuat trip, sila sms untuk pengesahan terlebih dahulu.
Tawaran sah dari 1 hingga 31 Mei sahaja.

Khamis, 18 April 2013

18/4 Apollo Cencaru dan Merah Jigging!

Salam ceria kepada semua pemancing di luar sana. Walaupun tiada trip memancing, kami masih lagi turun ke laut, mencari bahan artikel sebagai ilmu untuk anda dan diri kami sendiri. Walaupun kadang kala tidak membuahkan hasil, namun sedikit sebanyak ada sesuatu yang dapat kami pelajari. Trip lewat petang ini bersama saya, Eboi, Komando_sg dan Hazrul. Dah lama si Hazrul ni tak ikut kami turun sejak mendirikan rumahtangga.

Hari ini, Komando_sg saya arahkan untuk memandu bot sepanjang perjalanan pergi.

Perjalanan mengambil masa hampir satu jam menghala ke Pintu Gedung dan Boya. Keadaan air ketika ini tenang dengan sedikit arus tetapi cuaca yang sangat panas. Jika dilihat pada jadual pasang surut, ketika ini air mengecil 2 hari sebelum mati penuh. Sampai saja di lokasi, apollo di turunkan. Matlamat utama kami adalah Cencaru, namun lain pula yang naik. Selain Cencaru yang ganas, ikan Merah sebesar tapak tangan juga menyambar apollo kami. Sukar di percayai tetapi itulah yang berlaku.

Saiz seperti ini suka menyambar apollo kami. Untunglah apollo yang kami guna bersaiz besar dan kukuh. Bayangkanlah 5 ekor Cencaru dan seekor Merah dalam sekali karau, sakit pinggang di buatnya.

Ketika ini juga saya menurunkan umpan ikan beliak mata di bawah bot. Hasilnya seekor Merah skala 1 kg berjaya dinaikkan. Malang sekali kerana Eboi yang mengarau pancing dek kerana saya sibuk dengan Cencaru. Tarikan yang agak bertenaga di tambah dengan kedalaman air yang mencecah 30 meter!

Cuba anda lihat warna jig, hampir sama dengan warna ikan!

Eboi yang mula seronok dengan keadaan ini, menurunkan jig bersaiz 40gram. Tidak sampai 5 minit, jig yang yang disuakan disambar ikan! Buat pertama kalinya jig yang hanya disimpan dalam kotak, membuahkan hasil di spot ini. Setelah di karau, seekor Merah bersaiz sama berjaya dinaikkan. 

Nasik bungkus yang kami bawa menjadi hidangan makan tengahari. Walaupun sudah hampir basi dek kerana panas yang melampau, sekurang-kurangnya dapatlah menghilangkan lapar. Trip kali ini agak membuahkan hasil dengan Merah, Cencaru dan Selar memenuhi peti iakn kami.