Rabu, 10 April 2013

Trip 9/4 Cencaru dan Jenak

Walaupun cuaca ketika ini tidak menentu, kami masih keluar ke laut. Untuk kali ini saya, Acid dan Jemik menghala keluar bagi mencari Cencaru dan Jenak di laluan kapal dengan bot baru. Tiada Cencaru di lokasi dek kerana ribut dan cahaya matahari suram yang kurang kelihatan. Namun kami menukar taktik dengan menyuluh kawasan tersebut dengan sonar. Beberapa spot panas dapat ditemui namun tiada tangkapan besar dapat dinaikkan. Hanya seekor Tetanda kurang dari sekilo dan beberapa kali terlepas dan putus dek kerana kecuaian sendiri.

Tetanda di spot pertama menghanyut, dengan umpan udang kecil sejurus selepas Jemik melepaskan seekor ikan..Jatuh saja umpan ke dasar, terus disambarnya..

MJ atau Siakap Merah dari sebesar ini hinggalah sebesar 3 jari dapat di naikkan..

Tetanda saiz 3 jari banyak terdapat di reba kayu di kawasan ini. Ini termasuklah MJ yang bersaiz sama.

Tangkapan keseluruhan dalam 6 kg termasuk Cencaru dan Selar. Kami pulang sekitar jam 7 malam akibat ribut yang mula melanda.

Jaring Belat Untuk Dijual

Terdapat 3 guni jaring belat yang masih baru siap dipasang tali atas dan bawah untuk dijual. Masih belum pernah digunakan. Sesuai untuk membelat, kolam ikan atau reban ayam. Jenis tali kasar berukuran 1/2 inci dan 7 kaki labuh.

Mata jaring yang berukuran 1/2 inci.

Tali atas dan bahagian bawah telah dipasang.

Terdapat 2 set jaring yang baru dan satu lagi yang telah digunakan tetapi masih cantik. Kepada yang berminat untuk membeli, boleh sms atau hubungi saya secepat mungkin.

Isnin, 8 April 2013

Sekadar Informasi, Cuaca buruk sekitar minggu ini.

Perhatian kepada semua pemancing di luar sana yang ingin memancing terutama yang menaiki bot atau menebing. Ini ada satu informasi cuaca untuk anda. Sepanjang minggu ini, cuaca di kawasan PortKlang tidak begitu baik. Ribut dari kawasan luar ke dalam selat sering berlaku disertai hujan lebat. Di sebabkan itu, kawasan terbuka amat bergelombang dan merbahaya bagi bot kecil. Kepada semua pemancing sila ambil langkah keselamatan jika berlaku ribut. bawa dan pakai jaket keselamatan. Jangan bahayakan diri dan rakan anda dengan berada di kawasan terbuka. Ada banyak anak sungai yang anda boleh kunjungi dan masih mempunyai hasil yang baik. Sentiasa memantau pergerakan cuaca dari masa ke semasa.


Trip 7/8 En Khalid dan Rakan

Mereka ni baru pertama kali mengikuti trip bersama saya. Diangotai oleh 3 pemancing, saya dan Acid sebagai pembantu. Bertolak agak lewat pada jam 9 pagi dari Jeti Kampung Nelayan Telok Gong, kami meneruskan aktiviti memancing di kawasan sungai Labuhan Gurap. Walaupun sasaran utama adalah Ikan Semilang namun hanya seekor bersaiz kecil yang dapat dinaikkan. Mungkin ilmu saya masih belum cukup lagi untuk trip ini. Namun setelah berusaha keras, tiada apa yang dapat saya lakukan jika masih tiada tangkapan.

Masing-masing memasang peralatan untuk mula memancing. Sampai je di lokasi boleh terus turunkan umpan.

 Gelama pertama di muara sungai.

 Casting Sesumpit dengan pelampung di anak sungai. Besar sesumpit ni, saya pun hairan. Di lokasi ini sebiji pelampung berjaya dilarikan spesis yang tidak diketahui jenisnya akibat dari sentapan terlalu kuat oleh salah seorang ahli trip. Pelampung langsung tak timbul. Nampak nya si ikan terpaksalah memakai subang dan pelampung sepanjang masa.

Sesumpit, juga di lokasi yang sama.

Tetanda di lokasi Pulau Ketam, di selangi alun bot yang lalu lalang.

Gelama di lokasi Labuhan Gurap.

Lokasi terakhir di kapal karam, beberapa kali umpan dilarikan hingga sangkut. Mungkin kerana set mereka kecil, ikan berjaya menarik keluar tali dan memutuskan perambut. Terdapat juga sambaran di permukaan sekitar kawasan tersebut. Namun teknik Popping dan Rapala masih tidak membuahkan hasil. Ketika perjalanan pulang, sebuah lagi sampan mengalami masalah enjin. Sampan tersebut ditunda ke pengkalan. Kami sampai ke pengkalan pada jam 8 lebih dan berkemas untuk pulang. Kesemua kos trip ini adalah Rm350 termasuk umpan dan minyak.

Trip 6/4 Mr Gorge Dan Rakan

Trip ini telah dirancang sebulan awal oleh Abg Amer. Rancangan awal untuk menyewa bot besar telah ditukar kepada bot sendiri. Walaupun terlebih muatan dan terpaksa menempuh gelombang tinggi, trip di teruskan juga demi memenuhi permintaan mereka. Trip sepatutnya cuma 6 orang termasuk tekong dan pembantu, telah menjadi 7 orang dengan saiz bot sedikit kecil. Segalanya selamat atas kehendaknya. Kepada semua penyewa trip, saya sarankan anda tidak membawa anggota lebih dari yang telah diberitahu. Tak banyak gambar dapat diambil berikutan pergerakkan terbatas..

Senangin di tebing muara sungai tak sampai 5 minit berlabuh, nyaris terlepas kerana mata kail tercangkuk sikit je kat bibir..

Kerapu dan Merah kecil di lokasi keluar sungai ke sangkar pertama.

Terdapat juga ikan lain seperti Semilang, Tetanda dan Selewak yang berjaya dinaikkan di kawasan anak sungai. Trip ini adalah trip Full Service yang mana dari memasang perambut, umpan, membuka ikan, semuanya dilakukan saya dan pembantu. Hanya perlu bawa pancing dan kotak ikan saja. kos bagi trip ini ialah Rm580  termasuk minyak dan umpan.

Trip 5/4 Fuad dan rakan

Trip ini menggunakan bot baru adik ipar yang baru dibeli. Walaupun tiada kanopi dan stering set, namun pemanduan manual masih tiada masalah walaupun kerjanya amat meletihkan. Trip bertolak selepas solat Jumaat sekitar jam 4 petang. Trip dianggotai oleh Saya, Eboi, Fuad dari Meru dan 2 orang rakannya. Trip ini boleh dikatakan kurang menjadi akibat dari keadaan laut bergelora dan angin kencang yang melanda kawasan selat sekitar PortKlang. Hampir semua kawasan terbuka tidak boleh dilawati dek kerana laut yang bergelombang. Berikut beberapa aksi yang sempat di rakamkan lensa murah kami..

Tetanda di kawasan tiang baru di WestPort.

Selewak juga hasil tangan Eboi di lokasi sama..

Sembilang yang di naikkan rakan Fuad..

Eboi lagi, ape dah jadi ni..Nasib baiklah ada hasil dari tangan dia ni, ada juga spesis cantik di bawa pulang..

Sekali sekala nak juga bawak bot, tukar pemandu sekejap..

 Hebat betul diorang ni, saya siap dengan baju hujan tapi dia ni langsung tak pakai baju.

Trip bertolak pulang pada jam 7 pagi di jambatan Pulau Indah. Cara ni lebih menjimatkan masa mereka untuk pulang dan datang. Kesemua kos termasuk umpan adalah Rm350..

Rabu, 3 April 2013

Sekadar Informasi, Harga Trip Terkini pancingport.blogspot

Berikut harga trip bagi pakej yang telah kami sediakan.

Bot 21 kaki 30hp
Muatan maksima 3
orang termasuk tekong
Kanopi separuh
Myk 1 tong + 2T
Tidak termasuk Umpan
8 pagi - 7 petang
Kawasan laluan dari jambatan Pulau Indah hingga ke Pelabuhan Utara.
Tambahan minyak Rm50 diperlukan jika melewati Pulau Ketam.

Harga Rm250 

Bot 24 kaki 60hp
Muatan maksima 6 termasuk tekong
Harga termasuk myk
8 pagi - 7 petang

Harga Pakej:-
Trip Dekat-Dekat Rm368 
Trip Pulau Ketam Rm500 termasuk umpan udang hidup/sotong kurita.
Trip Jenahak Rm400 termasuk umpan sotong kurita.
Trip Apollo Cencaru Rm350