Isnin, 8 April 2013

Trip 6/4 Mr Gorge Dan Rakan

Trip ini telah dirancang sebulan awal oleh Abg Amer. Rancangan awal untuk menyewa bot besar telah ditukar kepada bot sendiri. Walaupun terlebih muatan dan terpaksa menempuh gelombang tinggi, trip di teruskan juga demi memenuhi permintaan mereka. Trip sepatutnya cuma 6 orang termasuk tekong dan pembantu, telah menjadi 7 orang dengan saiz bot sedikit kecil. Segalanya selamat atas kehendaknya. Kepada semua penyewa trip, saya sarankan anda tidak membawa anggota lebih dari yang telah diberitahu. Tak banyak gambar dapat diambil berikutan pergerakkan terbatas..

Senangin di tebing muara sungai tak sampai 5 minit berlabuh, nyaris terlepas kerana mata kail tercangkuk sikit je kat bibir..

Kerapu dan Merah kecil di lokasi keluar sungai ke sangkar pertama.

Terdapat juga ikan lain seperti Semilang, Tetanda dan Selewak yang berjaya dinaikkan di kawasan anak sungai. Trip ini adalah trip Full Service yang mana dari memasang perambut, umpan, membuka ikan, semuanya dilakukan saya dan pembantu. Hanya perlu bawa pancing dan kotak ikan saja. kos bagi trip ini ialah Rm580  termasuk minyak dan umpan.

Trip 5/4 Fuad dan rakan

Trip ini menggunakan bot baru adik ipar yang baru dibeli. Walaupun tiada kanopi dan stering set, namun pemanduan manual masih tiada masalah walaupun kerjanya amat meletihkan. Trip bertolak selepas solat Jumaat sekitar jam 4 petang. Trip dianggotai oleh Saya, Eboi, Fuad dari Meru dan 2 orang rakannya. Trip ini boleh dikatakan kurang menjadi akibat dari keadaan laut bergelora dan angin kencang yang melanda kawasan selat sekitar PortKlang. Hampir semua kawasan terbuka tidak boleh dilawati dek kerana laut yang bergelombang. Berikut beberapa aksi yang sempat di rakamkan lensa murah kami..

Tetanda di kawasan tiang baru di WestPort.

Selewak juga hasil tangan Eboi di lokasi sama..

Sembilang yang di naikkan rakan Fuad..

Eboi lagi, ape dah jadi ni..Nasib baiklah ada hasil dari tangan dia ni, ada juga spesis cantik di bawa pulang..

Sekali sekala nak juga bawak bot, tukar pemandu sekejap..

 Hebat betul diorang ni, saya siap dengan baju hujan tapi dia ni langsung tak pakai baju.

Trip bertolak pulang pada jam 7 pagi di jambatan Pulau Indah. Cara ni lebih menjimatkan masa mereka untuk pulang dan datang. Kesemua kos termasuk umpan adalah Rm350..

Rabu, 3 April 2013

Sekadar Informasi, Harga Trip Terkini pancingport.blogspot

Berikut harga trip bagi pakej yang telah kami sediakan.

Bot 21 kaki 30hp
Muatan maksima 3
orang termasuk tekong
Kanopi separuh
Myk 1 tong + 2T
Tidak termasuk Umpan
8 pagi - 7 petang
Kawasan laluan dari jambatan Pulau Indah hingga ke Pelabuhan Utara.
Tambahan minyak Rm50 diperlukan jika melewati Pulau Ketam.

Harga Rm250 

Bot 24 kaki 60hp
Muatan maksima 6 termasuk tekong
Harga termasuk myk
8 pagi - 7 petang

Harga Pakej:-
Trip Dekat-Dekat Rm368 
Trip Pulau Ketam Rm500 termasuk umpan udang hidup/sotong kurita.
Trip Jenahak Rm400 termasuk umpan sotong kurita.
Trip Apollo Cencaru Rm350


Rabu, 27 Mac 2013

Trip Bulan April 2013

Trip pada bulan ini..

1
2
3
4
5      Fuad Meru
6      Geng KL
7      Khalid
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21   Trip udang En.Amat
22
23
24
25
26
27    Daus Kwsp
28
29
30

Biru Sabtu
Merah Ahad

Sekadar informasi, Keadaan Air Cantik Bulan April

Berikut saya sertakan maklumat penting berkaitan keadaan air dan kesesuaian untuk memancing sekitar kawasan trip..

April 2013

Tarikh    Air                                         Kesesuaian
  1         ****        Air menyorong kecil, Terbaik untuk menjerat Kurau
  2         ***          Air menyorong kecil, Terbaik untuk menjerat Kurau
  3         **
  4         *               Air Mati tak berarus, kurang sesuai memancing
  5         **             Arus mula bergerak, Terbaik untuk memancing
  6         ***           Arus mula bergerak, Terbaik untuk memancing
  7         ****         Air menyorong besar, sesuai memburu Senangin
  8         *****       Arus telah mula laju dan keruh
  9         ******     Air besar, sesuai untuk Tetanda, Pari Kecil
10         ******     Air besar keruh, sesuai untuk memburu Sembilang
11         ******
12         *****
13         *****
14         *****
15         *****
16         ****         Air menyorong kecil, terbaik untuk menjerat Kurau
17         ***           Air menyorong kecil, terbaik untuk menjerat Kurau
18         **
19         *               Air mati tidak berarus, kurang sesuai untuk memancing
20         **             Arus mula bergerak, terbaik untuk memancing
21         ***           Air menyorong besar, sesuai untuk memburu Senangin 
22         ****         Arus telah mula laju dan keruh
23         ******   
24         ******     Air besar, sesuai untuk Tetanda, Pari Kecil
25         ******     Air besar keruh, sesuai untuk memburu Sembilang
26         ******
27         ****         Air masih laju dan keruh, sesuai untuk Tetanda, Pari kecil
28         ***      
29         ***
30         ***

Merah Ahad
Biru Sabtu
Hitam Isnin-Jumaat

Keterangan jadual di atas..

Air Menyorong Kecil bermaksud keadaan air besar yang mula perlahan dan akan mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus perlahan. Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing. Kebiasaannya waktu ini sesuai untuk memburu spesis Kurau, Senangin dan Jenahak di kawasan dermaga dan kawasan dalam yang lain. Biasanya ketika ini juga nelayan akan melabuhkan jaring Tagan di sekitar anak sungai selama air pasang. Jika di kawasan terbuka di luar, Jaring Tekap digunakan bagi menjerat spesis dasar berkarang.

Air mati tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu walaupun bersaiz kecil. Adakalanya umpan tanpa batu tidak akan hanyut. Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Ketika ini ikan buntal dan Sesirat adalah yang paling banyak mengganggu. Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik Casting. Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat Tetanda dan Siakap yang bergerak di dalam anak sungai.

Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus. Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesis Ikan Senangin yang mula bergerak bersama air pasang.

Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air keruh seperti teh susu. Biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing selat. Ketika air mula tinggi spesis ikan Tanda dan Gelama adalah spesis yang biasa menghuninya. Kebanyakkannya berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesis Ikan Semilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek. Di waktu  ini juga, nelayan akan keluar menjaring Ikan Bawal di kawasan laluan kapal yang dalam.

Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran. Maklumat di atas hanyalah sekadar pengalaman saya yang sedikit selama turun ke laut di kawasan PortKlang.

Transit Udang


Pada minggu yang lepas kami memindahkan tempahan udang ke kolam transit di Telok Gong. Pemindahan berjaya dilaksanakan walaupun agak sukar dan memakan masa. Berikut antara babak yang sempat dirakamkan lensa murah kami..

 Kolam fiber yang dulunya berisi ikan kelah di rumah Acid, kini ditukar menjadi kolam udang..

 Lubang bawah ditutup dengan plastik dan kain luar dan dalam.



 Bekas pemindahan menggunakan tong ikan Jemik dan menggunakan kereta Acid..

 Baru saja sampai ke lokasi, banyak ni dah pun mati..

 Ibuku yang membenarkan lokasi menyimpan..Jangan goreng ye mak udang ni..

Untuk permulaan, udang yang di sini cuma untuk penyimpanan sementara saja. Ini terpaksa dibuat bagi mengurangkan jumlah kematian apabila sampai ke tangan pembeli.



Isnin, 25 Mac 2013

Trip Abul Dengan Udang Kolam

Salam untuk semua kaki pancing di luar sana. Minggu ini adalah minggu pertama kami menghantar udang hidup untuk sahabat kami, Abul Ash. Walaupun kami tidak turun bersama namun banyak maklumat yang kami sentiasa kongsikan bersama. Minggu ini Abul telah menempah udang hidup dari kami sebanyak 100 ekor untuk dijadikan umpan. Alhamdulillah, hasilnya cukup menggembirakan mereka ni.

Ternyata udang kolam bukan lah penghalang untuk mendapatkan hasil seperti ini. Saiz ikan Siakap di atas, amat sukar diperolehi sekarang. Inilah lah yang dikatakan rezki dan hasil usaha tekong yang berpengalaman. Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat trip bersama Abul boleh la menghubunginya.