Ahad, 24 Mac 2013

Pencarian Sampan Berakhir

Akhirnya sampan sesuai untuk enjin 60 hp kami ditemui. Penemuan ini adalah hasil maklumat dari seorang tekong di Kelanang. Melalui maklumat ini, kami telah pergi ke Sekincan untuk memastikan sendiri bahawa bot yang dicari ada di situ. Tinjauan mendapati kedai tersebut tidak beroperasi pada waktu tersebut, namun bot yang dikatakan memang berada di situ. Setelah diteliti, inilah bot yang kami cari selama ini.

 Panjang bot adalah 25 kaki dan masih mempunyai peralatan steringnya..Tiada kecacatan pada badan bot, rasanya boleh terus digunakan setelah enjin di pasang..

Oleh kerana berkenan, Adik ipar telah menghubungi kedai tersebut pada keesokan harinya dan urus niaga menempah dibuat. Harga sampan ini Rm5000 termasuk set stering.

Pada tarikh 27/3 hari Rabu, kami membuat perancangan untuk membawa balik bot tersebut melalui laut. Setelah perbincangan dibuat, kos bagi pemindahan ini lebih murah berbanding melalui darat. Walaupun begitu risiko juga tinggi dengan cara ini. Semua perancangan dan pengumpulan maklumat akhirnya membuahkan hasil.

 Memunggah tong minyak dan peralatan sampingan..

 Enjin pun naik Exora sekali ke Sekincan..



 Oleh kerana stering set tidak dapat digunakan, pemanduan hanya manual sementara waktu..

 Setelah 4 jam menunggu akhirnya bot diturunkan ke air di kawasan di jeti nelayan Sekincan.



 Sakit tangan ku memulas minyak yang keras ni.. 

 Buat pertama kali Eboi mengemudi bot melalui kawasan bergelombang merentasi Pulau Angsa dan sekitarnya.


Jangkamasa perjalanan dari Sekincan ke Portklang adalah sekitar 2 jam. Penggunaan minyak pula hanya 1 1/2 tong dengan kelajuan separuh dan maksima. Walaupun keadaan laut agak bergelora dan seringkali kipas terapung di permukaan air, kami selamat sampai pada jam 6 petang di pengkalan.



Jumaat, 22 Mac 2013

Trip 21/3 Kelanang, Memburu Jenahak dengan Udang Kolam

Trip kali ini desertai oleh Geng dari Cheras seramai 7 orang termasuk tekong. Ramainya yang ikut, nasib baiklah bot ini besar dan selesa. Satu kelebihan kepada kami yang mempunyai badan kurus. Walaupun tiada hasil berjaya di bawa naik, namun trip ini masih menyeronokkan. Seekor Jenahak bersaiz besar terlepas dari mata kail seorang anggota trip dan timbul dipermukaan air. Ruginya tiada gambar yang dapat dirakamkan semasa aksi tersebut. Ikan yang disangkakan sampah, berjaya memperdayakan si pemancing. Walaubagaimanapun, keadaan cuaca buruk berangin banyak menggangu aktiviti memancing kami.

Ramainya dalam satu bot..

Masing-masing dengan set joran kecil, menunggu umpan udang diragut ikan. 

 Ketika sampai ke lokasi pertama, kami disambut dengan hujan dan angin kencang yang mengganggu aktiviti mencari anak ikan. Hanya beberapa ekor Cencaru dan Selar berjaya di naikkan. Untungnya kami membawa udang hidup dari kolam. Sekuran-kurangnya adalah juga umpan untuk digunakan. Seringkali juga ragutan keras tidak disedari oleh mereka ini.

 Kelengkapan Sonar yang sentiasa saya bawa jika berkunjung ke mana-mana lokasi jika diperlukan. Di lokasi ini, terdapat tukun dan lubang kecil di dasarnya. Teknik menghanyut dengan anak ikan dan sotong kurita lebih sesuai. Trip pulang seawal jam 4.30 petang dan singgah di pekan banting untuk makan dan seterusnya pulang ke rumah.


20/3 Membeli Enjin Baru

Mempunyai bot yang lebih besar adalah idaman setiap pemancing tegar. Namun ia tidak semudah yang disangkakan. Ada banyak perkara yang perlu difikirkan tentang hal ini dan kadangkala memeningkan kepala. Begitulah halnya dengan saya dan Samat yang bercadang membeli bot yang lebih besar.

 Pada hari rabu yang lepas kami telah membeli enjin 60hp terpakai yang masih dalam keadaan baik. Urusan jual beli diselesaikan di sebuah kedai enjin sangkut di Pandamaran PortKlang. Setelah urusan selesai, kami menghala ke Bagan Lalang untuk membuat pembayaran kepada tuan punya sampan 25 kaki. Malangnya, pembelian tersebut tidak diteruskan, berikutan hasil pemeriksaan pada belakang sampan terbabit amat mengejutkan kami. Terdapat lubang kecil bekas sekru enjin di bahagian bawahnya tidak bertutup. Lubang tersebut telah dimasuki air sekian lama dan menyebabkan kayu di bahagian dalam telah mereput. Terdapat juga keretakan pada bahagian dalamnya. Maka urusan pembelian tersebut terpaksa kami batalkan.

Setelah itu, kami mendapat maklumat terdapat sebuah sampan ukuran 24kaki yang ingin dijual di sementa Kelang. Setelah menemui tuan punya sampan, kami ke pengkalan melihat sendiri keadaan sampan tersebut. Hasil pemerhatian, ia juga kurang sesuai dengan kriteria yang kami cari. Seorang ahli pengkalan tersebut juga menasihati kami yang bot tersebut kurang sesuai dengan enjin 60hp. Oleh kerana itu, kami kembali ke rumah dengan hati yang hampa. Sebelum itu, kami juga singgah di Rantau Marine, tempat penyimpanan dan membuat bot. Terdapat 2 buah sampan berukuran 24 dan 19 kaki yang ingin dijual. Sampan tersebut memang cantik dan masih baru. Harga yang di tawarkan pula Rm4200 beserta bumbung kayu. Walaupun agak murah, sampan tersebut masih tidak menepati citarasa kami.

Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menyimpan enjin berkenaan hinggalah sampan yang sesuai ditemui. Apa yang kami cari ialah, sampan tersebut mestilah berukuran 25 kaki panjang, mempunyai perut yang lebar supaya lebih selesa dan selamat. Yang paling utama, mesti sesuai untuk muatan 6 orang.

Ketika di kedai enjin, saya menemui sebuah sampan baru berukuran 13.5 kaki untuk dijual dengan harga Rm1700. Di sini saya letakkan kan gambar untuk rujukan anda.

 Terdapat dalam 2 warna dengan harga yang berbeza. Sampan ini sesuai di padankan dengan enjin 15hp ke bawah dan muatan maksima 3 orang.

Khamis, 21 Mac 2013

Sekadar Informasi, 4 Jenis Pemancing

Anda ingin keluar memancing tetapi masalah telah timbul di saat akhir. Setelah bot atau kelong ditempah, rakan anda telah membatalkan niat memancing dengan alasan yang munasabah. Walaupun kadangkala alasan tersebut dibuat-buat atau terpaksa dibuat, sedikit sebanyak ia menyusahkan anda. Apakan tidaknya, deposit telah dibayar, bot atau kelong sudah menanti, di saat akhir terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup ahli ataupun belanjawan. Ini adalah perkara biasa yang sering terjadi di antara pemancing. Mengapa ini berlaku?

Setelah di teliti, sebenarnya pemancing terbahagi kepada beberapa kategori...

Pemancing Berduit
  • Pemancing jenis ini biasanya tidak begitu memikirkan tentang belanja yang dikeluarkannya, asalkan matlamatnya tercapai. 
  • Tidak kisah jika sesuatu trip tidak mendatangkan hasil.Namun keadaan ini jarang berlaku kerana lokasi yang akan dikunjungi biasanya memang berisi. 
  • Peralatan yang dibeli bernilai ribuan ringgit. 
  • Lokasi padang pancingnya melintasi sempadan. 
  • Hasil yang diperolehi biasanya dalam kuantiti besar dari saiz yang biasa.
  • Mampu menaja rakan-rakan asalkan trip yang dirancang dapat dilaksanakan. 
  • Akan kembali lagi untuk trip yang sama walaupun tiada hasil yang diperolehi. 
  • Mempunyai rakan-rakan jauh melintasi sempadan. Tidak kisah tentang siapa rakan mereka walaupun tidak pernah dikenali. 
  • Biasanya bergerak dengan kelab atau organisasi tertentu untuk trip tersebut. 
  • Berpengetahuan tinggi dalam dunia memancing terkini.
 Pemancing Budget
  • Pemancing jenis ini biasanya akan memikirkan dan merancang belanja yang akan dikeluarkan terlebih dahulu. Sekiranya mampu, maka trip akan diteruskan. 
  • Peralatan yang di beli hanyalah sekadar yang termampu dan sesuai dengan hasil yang diburu.
  • Tidak mampu menaja rakan kerana budget hanya cukup untuk diri sendiri. 
  • Biasanya mementingkan hasil walaupun tidak besar, sekurang-kurangnya berbaloi dengan belanja yang telah dikeluarkan. Walaupun kadangkala "kumpau" melanda, ekspresi wajah tidak ketara namun di dalam hati si pemancing ini ada rasa kecewa.
  • Kebarangkalian untuk tidak mengulangi trip tersebut adalah tinggi.
  • Seringkali membatalkan trip jika tidak cukup ahli kerana budget terbatas. 
  • Mempunyai grup atau rakan-rakan yang sama tiap kali turun membuat trip. 
  • Mempunyai pengetahuan sederhana dalam dunia pemancing.
 Pemancing Berkira
  • Pemancing jenis ini begitu berkira tentang belanja yang dikeluarkan. 
  • Mengharapkan hasil baik yang akan diperolehi kelak. 
  • Tidak akan mengulangi trip yang sama jika gagal pada trip pertama. 
  • Jika boleh belanja yang dikeluarkan sedikit, tetapi hasil yang diperolehi melebihi nilai yang telah dibelanjakan. 
  • Mengharapkan rakan-rakan lain untuk membantu. 
  • Mempunyai peralatan sekadar ada saja. 
  • Seringkali membatalkan trip jika berlaku masalah. 
  • Bergerak sendiri atau  dalam klik yang kecil. 
  • Lokasi memancing tidak melepasi sempadan. 
  • Biasanya pemancing jenis ini masih muda dan baru berjinak-jinak dalam dunia memancing.
  • Masih mencari dan menimba ilmu dalam dunia pemancing.
 Pemancing Suka-suka
  • Pemancing ini tidak mempunyai budget untuk membuat trip atau memang langsung tidak pernah mengikuti trip. 
  • Biasanya sekadar mengisi masa lapang saja. 
  • Lokasi memancing hanya di kawasan berdekatan tempat tinggal. Lokasi berkenaan termasuk lah lombong, parit, tasik dan sungai yang percuma. 
  • Tidak kisah tentang hasil yang diperolehi walaupun hanya sebesar ibu jari. 
  • Tidak mempunyai peralatan khusus untuk memancing, hanya peralatan asas saja seperti mata kail dan joran. 
  • Pengetahuan dunia pancingnya tidak begitu meluas.
Walau apapun kategorinya, mereka ini masih tetap seorang pemancing. Kita harus sedar bahawa manusia tidak semuanya sama dan dijadikan berlainan sifat. Untuk itu bertolak ansur dan saling memahami amat penting dan harus di praktikkan. Kepada anda semua, di manakah kategori anda?

Isnin, 18 Mac 2013

Kisah Mencari Sampan, Udang dan Kolam Udang..

Pada 8/3 yang lepas saya dan Acid bercadang untuk membuat tinjauan mencari sampan dan kolam udang di kawasan Batu laut dan Jugra. Disamping itu juga, mencari bot lama yang mungkin ingin dijual. Kami berpendapat, tiada cara lain yang lebih baik selain turun ke lokasi dari mendengar khabar angin yang belum tentu sah maklumatnya. Bertolak pada sebelah pagi, kami singgah dari pengkalan ke pengkalan untuk mendapatkan maklumat tersebut. Hampir kesemua pengkalan nelayan dari Bagan Lalang hinggalah ke Jugra kami singgah. Dalam perjalanan ini kami menemui beberapa maklumat yang mungkin berguna untuk kami. Adakalanya tuan punya kedai tidak mahu memberikan lokasi tepat kolam tersebut dan saya merasakan hal ini terlalu pelik. Walaupun begitu, akal dan fikiran yang diberikan tuhan kepada kami. kami gunakan sepenuhnya. Akhirnya penat lelah membuahkan hasil..

Bermula dari kedai pancing, pengkalan nelayan, kedai kopi dan stesen minyak, akhirnya beberapa kolam udang ditemui. Berdasarkan maklumat tersebut juga lokasi kawasan kolam udang paling aktif dan masih mempunyai stok udang berada di kawasan Jugra. Manakala kolam yang lain sudah kehabisan bekalan dan baru saja menyemai benih.

Kawasan kolam udang yang kami temui masih beroperasi aktif..

  
 Sekilo dengan sekali jala saja..

  
Saiz udang begini memang sesuai dijadikan udang umpan.

Selain kolam udang, kami menemui beberapa bot fiber yang ingin dijual. Antaranya seperti di bawah ini..Lokasinya di Bagan Lalang, Jeti Pak long 17 kaki panjang dengan harga Rm3700. Tuan punya sampan 0176644369.

Menurut maklumat yang kami terima, sampan ni telah 2 kali digunakan. Memang masih cantik dan sesuai untuk muatan 3 orang pemancing.

 Ini pula sampan untuk disewa dengan harga murah saja. Yang besar Rm130 beserta minyak, manakala yang kecil sedikit Rm100 beserta minyak. Pada kami bot 20 kaki dan 15hp ini sesuai bagi trip casting di dalam sungai dan kawasan Jimah PowerPlant. Manakala muatan maksima 5 0rang bagi yang besar dan 4 orang bagi yang kecil. Kepada yang ingin menyewa bolehlah menghubungi 0176644369 Pak Long, Sepang Besar.

Ketika sampai di Sepang Kecil Bagan Lalang kami menemui pula sebuah bot fiber yang agak besar untuk dijual. Namun tuan punya bot tidak diketahui. Untung lah Acid mempunyai rakan berniaga di kawasan ini. Hasil pertemuan dengan rakannya, kami melawat terus ke pengkalan dan mendapat maklumat bahawa harga sampan adalah Rm4500. Sampan ini memang besar dan kukuh untuk trip laut lepas tetapi hanya enjin 60hp ke 90hp yang sesuai dengannya.

Sekadar Informasi, Anda kehilangan kerja??

Anda telah bekerja sekian lama di suatu tempat, tiba-tiba anda telah ditukarkan ke lokasi lain, diberhentikan, tamat kontrak, atau terpaksa berhenti. Apakah tindakkan anda?? Berikut antara perkara yang anda perlu buat..

Sekiranya di tukar..
  • Pastikan pertukaran tersebut tidak membebankan anda selepas anda bertukar. 
  • Lihat gaji anda adakah ia berbaloi dengan kos yang akan anda gunakan seperti minyak, makan, sewa rumah,dan kos selenggara kenderaan. 
  • Pastikan pertukaran tersebut tidak membebankan dan mendatangkan kerugian kepada anda. 
  • Anda masih mempunyai kerja dan masih ada sumber pendapatan.

Sekiranya Tamat Kontrak..
  • Pastikan penamatan kontrak anda adalah sah dengan merujuk kepada surat tawaran kerja yang telah anda terima dan tandatangan.
  • Menerima notis selewatnya 7 hari sebelum hari terakhir bekerja dengan surat yang sah dari majikan.
  • Pastikan gaji terakhir anda tidak dibelanjakan pada jalan yang salah.
  • Selesaikan semua bil seperti Elektrik, air, sewa rumah terlebih dahulu untuk mengelakkan hutang tertunggak yang akan membebankan anda kemudian hari.
  • Pastikan keperluan asas di rumah mencukupi seperti beras, ikan masin, sardin, mee segera, gas memasak, mencukupi bagi tempoh 2 bulan. Sekurang-kurangnya anda tidak akan mati kelaparan sekiranya masih tidak dapat kerja.
  • Ketika ini simpanan untuk kecemasan adalah sangat-sangat berguna dan anda boleh gunakan.
  • Kawal pergerakkan di luar untuk mengelakkan pembaziran wang. 
  • Sekiranya terpaksa, gunakan kenderaan yang menjimatkan. Tukar kenderaan anda untuk bergerak, sebagai contoh, motorsikal lebih jimat dari kereta. 
  • Kawal penggunaan talifon anda untuk mengelakkan pembaziran. Seeloknya gunakan hanya satu set talipon sahaja. Jika anda mempunyai lebihan, sila lupuskan yang lain!
  • Jimatkan penggunaan air dan elektrik. 
  • Dapatkan apa saja kerja untuk sementara waktu sebelum kerja yang sesuai anda temui. Jangan terlalu memilih kerja! Tujuannya untuk mengelakkan anda terputus sumber pandapatan tetap.
  • Berusaha mencari kerja sehinggalah anda berjaya mendapatkan kerja yang baik..

 Sekiranya anda ditukar atau diberhentikan tanpa sebab..
  • Pastikan anda mendapatkan maklumat yang cukup dari majikan kenapa anda diberhentikan atau di tukar. 
  • Pastikan hal tersebut sah dengan surat dan sah di dalam surat tawaran kerja anda.
  • Pastikan rundingan dengan majikan dibuat terlebih dahulu dan cuba buat rayuan.
  • Pastikan anda menerima gaji terakhir anda.
  • Buat semakan di KWSP bagi memastikan tiada kesilapan caruman.
  • Jangan menandatangani sebarang surat atau perjanjian yang tidak masuk akal atau berat sebelah, lebih lagi jika dipaksa. Contohnya, sekiranya anda tidak mahu tandatangan, gaji tidak akan dibayar.
  • Segera ke Pejabat Tenaga Buruh terdekat untuk mendapatkan khidmat nasihat. Jangan takut untuk bertindak sekiranya anda yakin bahawa anda telah dianiaya.
  • Pastikan gaji terakhir anda tidak dibelanjakan pada jalan yang salah.
  • Selesaikan semua bil seperti Elektrik, air, sewa rumah terlebih dahulu untuk mengelakkan hutang tertunggak yang akan membebankan anda kemudian hari.
  • Pastikan keperluan asas di rumah mencukupi seperti beras, ikan masin, sardin, mee segera, gas memasak, mencukupi bagi tempoh 2 bulan. Sekurang-kurangnya anda tidak akan mati kelaparan sekiranya masih tidak dapat kerja.
  • Ketika ini simpanan untuk kecemasan adalah sangat-sangat berguna dan anda boleh gunakan.
  • Kawal pergerakkan di luar untuk mengelakkan pembaziran wang. 
  • Sekiranya terpaksa, gunakan kenderaan yang menjimatkan. Tukar kenderaan anda untuk bergerak, sebagai contoh, motorsikal lebih jimat dari kereta. 
  • Kawal penggunaan talifon anda untuk mengelakkan pembaziran. Seeloknya gunakan hanya satu set talipon sahaja. Jika anda mempunyai lebihan, sila lupuskan yang lain!
  • Jimatkan penggunaan air dan elektrik. 
  • Dapatkan apa saja kerja untuk sementara waktu sebelum kerja yang sesuai anda temui. Jangan terlalu memilih kerja! Tujuannya untuk mengelakkan anda terputus sumber pandapatan tetap.
  • Berusaha mencari kerja sehinggalah anda berjaya mendapatkan kerja yang baik..

Trip 10//3 Menguji Umpan Udang

Trip kali ini disertai Saya, Samat, Eboi dan Acid bagi menguji Udang umpan yang kami beli di kolam. Jika mengikut cerita dari mulut ke mulut, udang ini amat kurang sesuai dijadikan umpan. Oleh yang demikian, kami cuba menguji adakah cerita ini benar atau sekadar omongan kosong.

Kami terpaksa turun agak lewat kerana hujan lebat yang melanda kawasan Lembah Kelang. Air hujan yang melimpah keluar dari sungai menyebabkan air di kawasan Labuhan Gurap bertukar kepada jernih gelap dan terdapat partikel sampah halus di dalamnya. Namun aktiviti memancing di teruskan juga.

 Mengisi minyak ketika di pengkalan, ketika ini nyaris terminum minyak petrol..

 Menyiapkan dan menyusun peralatan supaya tidak telalu berserabut. Maklumlah sampan kecil tapi muatan ramai.

Tetanda di spot pertama setelah 3 minit menunggu. Ketika ini air sudah mula memasuki anak sungai.

Tetanda kedua pada spot yang sama. Ketika ini Samat juga berjaya menaikkan spesis sama tetapi saiz lebih kecil. Gangguan Sesirat adalah wajib di kawasan seperti ini.
Ikan bebolos di kawasan anak sungai. Ketika ini juga seekor ikan Senangin anggaran 1 kg berjaya melepaskan diri dengan melompat melawat arus. Mata kail bersaiz kecil yang saya gunakan gagal menjeratnya.

Walaupun masa trip tidak begitu panjang, namun sudah cukup membuktikan bahawa udang yang di bela masih boleh membuahkan hasil. Kami bertolak pulang pada jam 7 malam.