Isnin, 18 Mac 2013

Membeli Bot Baru

Pada pencarian yang lepas, kami telah menemui bot berukuran 25 kaki di kawasan Sepang Kecil. Samat telah berkenan membeli bot terbabit dan saya bersama Eboi telah menuguruskan harga pembelian dengan tuan punya sampan. Kami agak terkejut kerana harga yang diberikan terlalu tinggi dari harga asal yang diberitahu. Namun setelah menunggu 2 1/2 jam dan berunding tentang harganya, akhirnya tuan punya bot bersetuju dengan harga lama.

 Rasanya enjin bawah 50hp tak termampu menolak bot sebesar ini..
Saiznya yang besar dan kukuh, agak meyakinkan kepada yang menggunakannya. Ketika ini juga, kami menerima maklumat terkini dari rakan yang menunjukkan bot ini kepada kami bahawa terdapat sebuah lagi bot 23 kaki beserta enjin 40hp beharga Rm8500 ingin dijual di Kelanang. Oleh kerana sudah lewat dan keletihan, kami mengambil keputusan untuk pulang saja.

Trip 7/3 Meninjau Sungai

Pada hari ini, saya dan Jemik meninjau sungai berdekatan untuk memancing udang. Sambil memancing udang, umpan Patin juga di lempar bersama. Ketika kami mula menolak sampan ke air, beberapa penduduk dan rakan sekampung ada memberitahu tentang keadaan udang mabuk 2 minggu sebelumnya. Hmmm mabuk lagi, habis lah udang di sungai ni..

Sejak sampan dan enjin ini dibeli, saya masih belum menjejakkan kaki menaikinya. Inilah baru pertama kali bersama Jemik. Eboi dan Acid, sudah puas menaikkan ikan Patin pada musim yang lepas. Ada saya selitkan klip tersebut di sini..

Rupanya enjin 5hp ini kurang sesuai dengan sampan kecil ni. Seorang terpaksa duduk di depan manakala yang mengemudi terpaksa menggunakan paip pvc yang disambung ke pemulas minyak. ini dilakukan bagi mendapatkan kelajuan yang sesuai ketika sampan mendatar di atas air.

 Mata kail dan Berembang yang digunakan untuk menjerat Patin, kali ini gagal..

 Lokasi seperti ini biasanya kawasan udang berehat, tetapi tidak berpenghuni..

 Saiz beginilah yang kami dapat naikkan pada trip kali ini. Yang lebih kecil pun ada, kemungkinan kes udang mabuk sebelum ini telah menjejaskan ekosistem sungai ini.


Walaupun beberapa spot cantik yang kami rasakan dihuni si udang, namun hanya 6 ekor udang yang berjaya dinaikkan. Saiznya juga tidak sebesar seperti dulu. Sepanjang sungai, terdapat juga bot kecil yang lain mengeluh mengenangkan keadaan ini. Di kawasan sungai lurus, kami menaikkan ikan Keli yang bersaiz besar dengan set joran udang kami. Walaupun tiada udang, sekurang-kurangnya terubat lah kecewa dihati. Kami pulang pada jam 6 petang ke pengkalan dan menarik sampan ke atas tebing...

Trip 2 Jam Meninjau Lombong

Pada petang Jumaat 15/3 saya dan Eboi telah mengunjungi sebuah kawasan lombong tinggal di Jalan Kebun. Sempat juga kami menjerat Toman yang ada di situ. Walaupun hanya 2 jam, teknik Casting menggunakan Popper berjaya menjerat seekor toman bersaiz 2 kilogram.

 Dengan set ringan dan umpan tiruan, toman bersaiz begini sudah cukup memberikan kepuasan dan menghilangkan penat bekerja sepanjang hari..

Lepaskan semula dan beri peluang pada yang lain untuk mencuba..

Agak banyak jumlah Toman di sini jika dilihat dari sambaran dan ketika ia timbul dipermukaan. Rata-rata yang timbul di permukaan semuanya bersaiz besar. Lombong ini dulunya banyak ikan Tilapia yang mudah diperolehi hanya dengan umpan cacing dan joran Teleskopik. Namun saya rasakan kehadiran Toman di sini akan mengurangkan spesis ikan lain pada masa depan. Dari mana dan bagaimana ia masuk ke kawasan ini, masih menjadi tanda tanya. Kepada kaki-kaki casting boleh la mencuba di kawasan ini.

Ahad, 10 Mac 2013

Sekadar Informasi, Udang Hidup untuk dijual

Mulai bulan ini, kami menerima tempahan udang hidup untuk umpan memancing. Sekiranya anda ingin mendapatkan stok tersebut, sila lihat keterangan di bawah....


Udang ternak atau udang kolam, bukan udang yang dijala di laut.
Saiz udang 3 inci lebih kurang jari hantu.
Tempahan perlu di buat sehari sebelum tarikh penghantaran.
Khas untuk Sabtu dan ahad saja.
Sekiranya hari biasa, minima adalah 100 ekor.
Harga bagi setiap ekor adalah Rm0.50
Bagi saiz besar (terhad)harga seekor adalah Rm0.70

Lokasi penghantaran di PortKlang
Sekiranya di luar kawasan Portklang, sila maklumkan kepada kami.
Kepada yang berminat, sila sms atau berhubung terus kepada kami.

Harga udang terkini 23/3/2013 hanya terdapat pada saiz 50sen saja.

Bekalan udang kini boleh dibeli di bawah jumlah minima 50 ekor setiap hari. Bekalan perlu diambil sendiri di Kampung Nelayan Telok Gong, jalan utama menghala ke Rumah Rakit Telok Gong. Sila sms saya untuk tempahan.

Harga udang terkini 28/3/2013 adalah 50sen bagi saiz biasa.

Khamis, 7 Mac 2013

Sekadar Informasi, Sampan Utk Dijual

Terdapat sebuah sampan untuk di jual
Lokasi Banting
21kaki Lunas
Kondisi dalam keadaan baik
Tiada kanopi
Harga Rm2700


Terdapat sebuah lagi sampan untuk dijual
Lokasi Sepang
17kaki lunas
Kondisi baru, 2x pakai
Tiada kanopi
Harga Rm3700

Isnin, 4 Mac 2013

Trip 4/3 Kuala Trong Perak

Pada kali trip kali ini, saya telah tersesat terlalu jauh dek kerana mengikuti Eboi dan Abg Amer. Rasanya inilah tempat memancing yang paling jauh pernah saya kunjungi setakat ini. Trip ini bertujuan untuk menumpaskan spesis Siakap Putih dan Mj. Kami bertolak dari Kajang pada jam 1 pagi dan sampai ke destinasi pada jam 6.30 pagi. Jauh betul kawasan ni ke hulu, sampan di kawasan ini pun kebanyakannya sepanjang 10 hingga 19 kaki dan menggunakan enjin 15hp.

 Jeti Kuala Trong ketika subuh.

 Kami bertemu dengan Tekong Ustaz Nasir pada jam 8 pagi. Tekong ini di kenali Abang Amer melalui pancing.net dan pertama kali mencuba. Saya yang mula-mula menolak untuk turut serta akhirnya mengikut juga kerana ajakan Eboi.

 Menaiki bot aluminium ringan dan enjin 15hp satu pengalaman baru buat kami. Bot ini agak kurang stabil dan perlu berhati-hati ketika bergerak. Namun Tekong yang memahami dan baik ini banyak membantu kami.

 Teknik yang digunakan di sini mengunakan umpan anak todak(jenjulung) yang di ikat sendiri oleh tekong. Perkhidmatan tekong terbaik yang pernah saya lihat. Anak todak tadi di perolehi dengan memancing terlebih dulu di laluan anak sungai berupan perumpun seperti memancing ikan Puyu di parit! Seronok juga buat cara macam ni, sedikit sebanyak kami terhibur.


 Selepas mencari umpan, kami keluar ke suna gai untuk memancing. Tak banyak gambar dapat diambil, kerana pergerakan amat terbatas di atas bot. Umpan dalam gambar ini ketika Eboi melepaskan satu ragutan kuat di spot bereba.
 Popper ni saya gunakan untuk menundukkan bulan..

 Ikan Kacang yang berjaya di pancing Eboi

Keseluruhan tangkapan yang kami perolehi pada trip ini. Banyak ragutan dan sambaran tetapi kebanyakannya rabut. Kami bercadang untuk datang semula suatu hari nanti.