Proses melabuh tukun telah mula dibuat secara berperingkat di 2 lokasi berasingan sebagai satu ujikaji baru di kawasan kami. Oleh kerana saiznya yang besar dan berat, hanya 3 unit saja yang mampu dibawa dalam satu penghantaran. Proses mengendali tukun ini agak mudah kerana bentuknya yang simetri. Tukun tersebut boleh digerakkan berseorangan dengan perlahan dan berhati-hati. Proses menurunkan tukun ke air juga begitu mudah berbanding dengan longkang batu dan tayar sebelum ini.
Proses membuang tukun yang mudah menjimatkan masa dan tenaga.
Untuk penghantaran pertama, hanya 3 unit tukun yang berjaya diturunkan. Proses ini akan berlangsung sehingga selesai berperingkat dan unit tukun yang baru, akan dibina setelah itu.